Vaksin tambahan untuk anak
Beri perlindungan maksimum kepada anak anda dengan imunisasi vaksin tambahan
Apa itu vaksin tambahan?
Vaksin tambahan melindungi kanak-kanak daripada penyakit yang boleh membawa maut dan lazim menjangkiti mereka.
Walaubagaimanapun, vaksin tambahan ini tiada dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
Ibu bapa dan penjaga amat disyorkan untuk memberi imunisasi kepada si manja anda.
Apa vaksin tambahan yang ada?
Vaksin rotavirus
Virus rotavirus ini sangat mudah merebak ini. Ia akan menyebabkan muntah dan cirit-birit yang melampau sehingga boleh membawa maut
Vaksin cacar air (varicella)
Cacar air atau chicken pox akan mengakibatkan demam, ruam, lepuh dan juga keruping. Jangkitan kepada anak kecil mungkin lebih serius
Vaksin influenza/ flu
Flu atau influenza adalah jangkitan virus yang boleh menyerang hidung, tekak dan paru-paru
Vaksin meningokokal
Bakteria meningokokus akan menyebabkan jangkitan pada selaput otak dan saraf tunjang. Ia boleh menyebabkan kehilangan upaya yang kekal
Vaksin hepatitis A
Virus hepatitis A mudah merebak dan akan menyerang organ hati
Vaksin pneumokokal
Bakteria ini boleh menyebabkan radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia)
Jadual vaksin tambahan *
Penafian: Jadual ini hanya untuk tujuan panduan sahaja. Mohon rujuk kepada doktor anda untuk maklumat lanjut berkenaan vaksin ini
Soalan lazim yang kerap ditanya
Adakah vaksin tambahan ini mahal?
Vaksin tambahan ini boleh diperolehi dengan harga patut di Klinik Uzma. Vaksin tambahan boleh dianggap sebagai pelaburan kecil demi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak anda.
Dimana saya boleh dapatkan vaksin tambahan ini?
Vaksin tambahan ini boleh didapati di hospital dan klinik swasta.
Bila saya patut bawa anak saya untuk dapatkan vaksin tambahan ini?
Vaksin tambahan ini perlu diberikan mengikut jadual yang disyorkan. Sekiranya anda baru sahaja tahu mengenai vaksin tambahan ini, segeralah berjumpa dengan doktor. Doktor akan mencadangkan masa yang sesuai untuk imunisasi tambahan ini.
Tidak perlu janjitemu untuk suntikan vaksin tambahan
Hanya perlu hadir ke Klinik Uzma. Untuk pertanyaan lanjut, mohon WhatsApp kami