Doktor-doktor Klinik Uzma
Ini adalah senarai doktor-doktor kami yang sedang berkhidmat di Klinik Uzma
Dr Faizah binti Abu Bakar
Kemudian beliau menamatkan program GCFM (Graduate Certificate in Family Medicine)
Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran dan latihan untuk menjadi doktor pakar perubatan keluarga (family medicine specialist)
Dr Sarah Wong binti Azman
Kemudiannya, menyambung program GCFM (Graduate Certificate of Family Medicine)
Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran untuk menjadi doktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan (occupational health doctor)
Dr Sakina binti Hussin
Kemudian beliau melanjutkan latihan menerusi program GCFM (Graduate Certificate of Family Medicine)
Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dan latihan untuk menjadi doktor pakar perubatan keluarga (family medicine specialist)
Dr Mohd Hood Husin
Beliau merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Uzma. Beliau memiliki Ijazah MBBS daripada Melaka Manipal Medical College serta Fellowship Malaysian Academy of Family Physicians (MAFP) dan Royal Australian College of General Practitioners (FRACGP)
Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai doktor perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan beberapa Klinik Kesihatan termasuk di Rawang, Gombak Setia, Nilai dan AU2, sebelum menjalani latihan kepakaran. Kini, Dr. Hood berkhidmat sebagai Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Uzma.
Dr Che Syaza binti Mohd Fadzil Shuhaimi
Beliau tamat menghabiskan housemanship di Hospital Manjung. Selepas dari itu, beliau mendapat latihan dan pengalaman dalam bidang pediatrik apabila menjadi pegawai perubatan di Hospital Selama
Selepas itu, beliau juga berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang perubatan keluarga
Dr Nur Adilah binti Zarin
Beliau berkhidmat lebih dua (2) tahun sebagai pegawai perubatan di jabatan pembedahan dan orthopedik (tulang).
Sejak tahun 2014, beliau menjadi pegawai perubatan dalam bidang perubatan keluarga
Dr Siti Norhawa binti Mahat
Setelah menamatkan latihan wajib di Hospital Sungai Buloh, beliau tegus menceburi bidang pengkhususan perubatan keluarga. Beliau arif dalam kes-kes am perubatan keluarga.
Beliau seorang doktor yang berdedikasi dan komited untuk kesihatan pesakit yang beliau rawat
Dr Nazlinda Binti Mohamad Nani
Dr. Nazlinda menamatkan pengajian perubatan dari Odessa State Medical University pada tahun 2010.
Selepas tamat khidmat wajib, beliau menceburi bidang pengkhususan perubatan keluarga lebih dari 9 tahun.
Beliau mahir dalam pelbagai prosedur minor di klinik. Pada masa lapang, beliau menghabiskan masa dengan menghadiri kursus dan program untuk meningkatkan ilmu perubatan beliau
Dr Abdul Halim Saad
Sertai Klinik Uzma
Sekiranya anda seorang doktor yang bersemangat tinggi, sentiasa mengemas kini diri dengan ilmu perubatan baharu dan prihatin terhadap pesakit, hubungi kami untuk temuduga.