Scan Dating
Pengenalan
Pada 8 hingga 14 minggu, doktor/sonographer akan lakukan satu jenis scan ultrasound.
Scan ini dinamakan scan dating.
Tujuan scan dating adalah untuk ketahui usia kandungan dengan tepat dan juga tumbesaran bayi.
Untuk scan ini, kadang-kadang doktor memerlukan pundi kencing yang penuh supaya gambar bayi lebih jelas. Puan akan diminta untuk minum air dan menahan kencing.
Scan dating biasanya mengambil masa 15 – 20 minit.
Ketahui dengan lebih lanjut persediaan yang perlu dilakukan sebelum datang scan.
Apa tujuan scan dating?
Tujuan scan dating adalah untuk …
- Ketahui usia kandungan puan (berapa minggu) dan kira tarikh dijangka bersalin (estimated date of delivery atau singkatannya EDD)
- Ketahui bilangan kandungan puan. Kadang-kadang dapat kejutan dengan anak kembar
- Memastikan kandungan berada di dalam rahim.
- Memeriksa tumbesaran bayi
Kadang-kadang, doktor juga dapat mengesan kecacatan pada bayi seperti spina bifida.
Apakah saringan untuk Syndrom Down berlaku semasa scan dating?
Bergantung sama ada tuan puan bersetuju untuk lakukan saringan ini. Ianya tidak wajib.
Salah satu cara untuk menyaring syndrom down adalah dengan melakukan scan nuchal translucency (NT). Doktor akan ukur cecair dibelakang leher bayi dalam kandungan.