Rawatan sakit tuan.
Masalah mati pucuk kerap tidak dilaporkan kerana ramai beranggapan ia adalah perkara normal apabila usia meningkat. Dapatkan rawatan sakit tuan.
Mati pucuk @ erectile dysfunction.
Mati pucuk atau dalam bahasa inggerisnya erectile dysfunction berlaku apabila seseorang lelaki tidak dapat mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seksual.
Risiko mati pucuk meningkat bersama peningkatan umur
- 40 – 44 tahun 9%
- 45 – 49 tahun 12%
- 50 – 54 tahun 18%
- 55 – 59 tahun 29%
- 60 – 64 tahun 38%
- 65 – 70 tahun 54%
Risiko untuk mendapat masalah mati pucuk meningkat apabila meningkat usia. Walaupun begitu, mati pucuk boleh berlaku pada mana-mana usia. Semakin lelaki berusia, beliau mungkin memerlukan lebih ransangan (usapan dan sentuhan) untuk tegang. Beliau juga mungkin memerlukan lebih masa untuk tegang semula selepas ejakulasi.
Antara penyebab dan faktor risiko mati pucuk.
Ada beberapa sebab terjadinya masalah mati pucuk. Doktor perlu bertanya sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan anda untuk tahu punca mati pucuk.
Stress, kemurungan atau masalah rumahtangga
Stress atau kemurungan atas apa sebab pun akan menjejaskan hubungan intim suami isteri. Tambah-tambah lagi jika sumber stress itu adalah dari pasangan anda.
Masalah psikiatri seperti anxiety
Anxiety atau kegelisahan yang teruk dapat menyebabkan lelaki sukar untuk tegang sepenuhnya. Ada yang menjadi gelisah kerana terlalu memikirkan prestasi di ranjang.
Penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol
Penyakit kronik yang tidak terkawal antara penyebab biasa terjadinya masalah mati pucuk. Ramai yang terkejut apabila mereka mengawal penyakit kronik mereka, prestasi mereka meningkat.
Merokok dan alkohol berlebihan
Pengambilan alkohol secara berlebihan dan merokok berpotensi untuk menyebabkan mati pucuk. Amat disarankan untuk berhenti merokok.
Kekurangan hormon testosteron akibat hypogonadism
Hypogonadism adalah kondisi dimana buah zakar (testis) tidak menghasilkan hormon testosteron yang cukup.
Trauma atau kecederaan pelvis
Trauma atau kemalangan yang melibatkan pelvis mungkin menjadi punca masalah mati pucuk. Hati-hati juga semasa menaiki basikal kerana pelana basikal mungkin mengakibatkan tekanan pada bahagian perineum (bahagian antara kemaluan dan lubang dubur).
Bagaimana mahu ukur kekerasan atau ketegangan ereksi zakar
Ada satu skor yang dinamakan erectile hardness score (EHS). Pesakit akan memberi markah ketegangan zakar mereka menggunakan skor 1 hingga 4.
Gred 1
- Zakar membesar tetapi lembik.
- Seperti tauhu lembut
Gred 2
- Zakar tidak cukup keras untuk penetrasi
- Seperti pisang lembik yang sudah dikupas
Gred 3
- Zakar keras untuk penetrasi tetapi tidak keras sepenuhnya
- Seperti pisang dengan kulit
Gred 4
- Zakar keras sepenuhnya
- Seperti timun
Rawatan dan ubat yang ada untuk mati pucuk.
Bergantung kepada punca mati pucuk, doktor akan sarankan rawatan yang sesuai untuk anda.
Setiap ubat ini mempunyai fungsi dan kesan sampingan tertentu, jadi anda bolehlah mendapatkan nasihat doktor untuk tahu jenis ubat yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Ubat phosphodiesterase type 5 (PDE5) inhibitors
- Terdapat pelbagai jenama, jenis dan dos dipasaran
- Ada yang bentuk pil. Ada pula yang hanya perlu diletakkan dibawah lidah
- Doktor boleh menyarankan ubat dan dos yang sesuai untuk keperluan dan gaya hidup tuan.
Rawatan testosterone replacement therapy (TRT)
- Rawatan pengantian hormon testosterone ini diberikan apabila hormon testosterone berkurangan dalam badan
- Ujian darah akan dilakukan terlebih dahulu untuk mengukur tahap hormon
- Hormin testesterone boleh diberi dengan perlbagai cara antaranya sapuan, suntikan dan menerusi ubat makan.
Rawatan extracorporeal shock wave therapy (ESWT)
- Gelombang akan diarahkan ke kawasan zakar
- Terapi ini menyebabkan trauma mikro dan mampu meransang pembentukan saluran darah yang baru. Zakar akan kembali tegang
Bagaimana saya mahu dapatkan rawatan ini?
1
WhatsApp kami untuk janji temu
2
Doktor lelaki kami akan berjumpa dengan anda dan cadangkan rawatan yang sesuai
3
Anda boleh pulang dengan ubat dan datang semula untuk rawatan susulan
Soalan lazim yang kerap ditanya
Boleh saya jumpa doktor lelaki?
Ya. Doktor untuk rawatan sakit tuan adalah doktor lelaki.
Saya tidak mahu doktor lihat zakar saya
Kebiasaanya, doktor tidak perlu melihat zakar anda untuk merawat masalah sakit tuan.
Zakar saya boleh tegang semula macam zaman remaja?
Setiap kes adalah berbeza. Doktor dan anda akan menetapkan objektif ini bersama-sama. Biasanya doktor akan cuba untuk mencapai gred 4 menggunakan skala EHS.
Bolehkah saya ada ambil jamu atau tonik untuk tegangkan zakar?
Bergantung kepada kandungan jamu atau tonik tersebut. Dapatkan nasihat doktor.
Penyakit kelamin boleh dirawat?
Ya. Doktor kami boleh merawat penyakit kelamin.
Saya tidak dapat puaskan isteri. Boleh doktor bantu?
Setiap kes adalah berbeza. Doktor kami akan bantu sedaya upaya untuk memahami dan membantu anda mencapai objektif masing-masing
Testimoni rawatan sakit tuan
Dapatkan rawatan sakit tuan.
Jangan simpan seorang diri. Anda sihat. Pasangan bahagia.