Rawatan sakit lutut.

Kini anda boleh dapatkan rawatan sakit lutut yang terkini dan terbukti secara klinikal. Pelbagai rawatan sakit lutut yang tersedia untuk anda.

Derita sakit lutut.

Ramai menderita sakit lutut. Rata-rata tidak berjumpa doktor untuk merawat punca sakit lutut. Ini adalah sebahagian daripada penderitaan yang mereka tanggung.

Orang tua sakit lutut naik tangga

Sakit lutut ketika menaiki tangga

Biasanya sakit lutut berlaku apabila sendi lutut digerakkan. Ada pesakit yang cuba mengelak dari menggerakkan lutut kerana ianya amat sakit

Orang tua ada limited mobility duduk atas sofa

Aktiviti harian menjadi terhad

Aktiviti harian menjadi terhad akibat sakit lutut. Kadang-kadang terpaksa meninggalkan hobi lama seperti berkebun akibat tidak dapat jalan dan duduk dengan lama. 

mak makan ubat tahan sakit

Bergantung kepada ubat tahan sakit

Pesakit biasanya bergantung kepada ubat tahan sakit. Lebih menyedihkan lagi apabila pesakit mengambil ubat tahan sakit tanpa preskripsi doktor dan menyebabkan komplikasi pendarahan usus.

Ibu solat atas kerusi

Solat atas kerusi

Solat duduk akibat tidak dapat lipat lutut. Ramai yang berharap dapat sujud dan duduk antara dua sujud tanpa rasa sakit.

Sebab sakit lutut.

Ada pelbagai sebab terjadinya sakit lutut. Doktor perlu bertanya sejarah perubatan dan memeriksa sendi lutut anda untuk tahu punca sakit lutut.

Antara sebab utama sakit lutut adalah osteoartritis (OA). Rawan dan cecair lutut pesakit OA akan menipis dan berkurangan. Akibat dari ini, tulang sendi lutut akan bergesel dan menyebabkan kesakitan, keradangan dan kekakuan.

Kecederaan sukan

Kecederaan ligamen/ kartilag

Kecederaan pada ligamen atau kartilaj lutut akan menyebakan sakit lutut. Biasanya kecederaan berlaku akibat kemalangan, jatuh, semasa melakukan aktiviti lasak atau ketika bersukan.

lelaki pegang lutut atas katil doktor

Arthritis atau radang sendi

Arthritis (radang sendi) adalah penyakit sendi yang sering berlaku pada orang dewasa. Contoh penyakit arthritis adalah seperti osteoarthritis (OA), arthritis rheumatoid, arthritis yang disebabkan jangkitan kuman dan gout.

x ray lutut

Pendarahan dalam sendi lutut

Pendarahan kedalam sendi lutut akibat pengambilan ubat cair darah. Lutut akan bengkak, lebam dan sedikit suam berbanding biasa.

Apa rawatan untuk sakit lutut?

Bergantung kepada punca sakit lutut, doktor akan menyarankan rawatan yang sesuai untuk anda.

Fisioterapi sedang buat rawatan

Rawatan fisioterapi. 

Fisoterapi akan membantu mempercepatkan proses pemulihan melalui senaman dan stimulasi pada lutut.

orang tua pegang penimbang

Mengurangkan berat badan.

Pelbagai cara mengurangkan berat badan. Antara yang popular adalah ubat Saxenda yang berkesan mengurangkan berat anda. Dapatkan nasihat doktor.

knee braces

Menggunakan sokongan lutut.

Pendakap lutut (knee brace), kasut yang sesuai (orthotics), dan tongkat dapat membantu pesakit berjalan dengan selamat.

Suplemen glucosamine sulfate (Viartril-S) dan juga Piascledine.

Suplemen sendi lutut.

Ada pelbagai jenis suplemen yang selamat dan membantu mengurangkan kesakitan lutut. Antaranya suplemen glucosamine sulfate (Viartril-S) dan juga Piascledine.

Ubat tahan sakit

Ubat tahan sakit oleh doktor.

Biasanya ubat tahan sakit ini dapat memberikan kelegaan sementara kepada pesakit. Ubat tahan sakit tidak merawat punca sakit lutut.

Warm compression

Menggunakan tuam sejuk/suam.

Tuam sejuk atau suam dapat membantu mengurangkan kesakitan lutut.

Suntikan Lutut PRP (Platelet-rich Plasma)

Suntikan lutut PRP.

Prosedur ini dilakukan dengan menyuntik cecair PRP ke dalam sendi lutut. Cecair PRP berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dan meransang pemulihan sendi lutut.

Fisioterapi sedang buat rawatan

Suntikan gel lutut hyaluronic acid.

Gel lutut hyaluronic acid (HA) akan disuntik ke dalam sendi lutut. Gel lutut HA berfungsi untuk melincirkan sendi lutut, mengurangkan kesakitan lutut dan meningkatkan fungsi serta pergerakan lutut.

Fisioterapi sedang buat rawatan

Pembedahan ganti lutut.

Untuk kes-kes sakit lutut osteoarthritis yang teruk, doktor akan menyarankan pembedahan menggantikan lutut dengan sendi palsu.

Bagaimana prosedur suntikan lutut dilakukan?

1

Doktor akan jumpa dan periksa keadaan lutut anda.

2

Kebiasaannya, X ray lutut anda akan dilakukan supaya doktor dapat menilai tahap osteroarthritis (OA) anda. X ray ini juga boleh menjadi rujukan untuk masa hadapan.

3

Darah anda akan diambil dan diproses untuk mengasingkan komponen darah yang kaya dengan faktor penyembuhan. Proses penyediaan cecair PRP mengambil masa dalam 40-90 minit.

4

Apabila cecair PRP sudah siap diproses, pesakit akan baring diatas katil.

5

Doktor akan membersihkan kawasan lutut menggunakan cecair antiseptik supaya bebas kuman.

6

Doktor kemudian memberikan bius setempat di kawasan lutut anda supaya prosedur selesa dan tidak sakit.

7

Cecair PRP dan gel lutut HA akan disuntik ke dalam sendi lutut dalam keadaan yang bersih dan steril.

8

Rawatan fisioterapi asas akan diberikan selepas tamat prosedur suntikan lutut.

9

Pesakit boleh pulang. Anda dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti berat 3-5 hari selepas prosedur tamat.

Soalan lazim yang kerap ditanya

Sakit atau tidak semasa suntik lutut?

Sebelum prosedur, doktor akan memberi suntikan bius setempat dikawasan lutut. Sepatutnya prosedur ini tidak menyakitkan.

Berapa lama prosedur suntikan lutut ini?

Prosedur suntikan lutut itu sendiri sekejap sahaja. Anggaran 15-20 minit. Proses yang sedikit lama adalah proses penyediaan cecair PRP dari darah pesakit. Anggaran 40-90 minit.

Doktor mana yang akan buat prosedur ini?

Prosedur ini akan dilakukan oleh doktor residen kami. Mereka sudah banyak kali melakukan prosedur ini.

Ada terjamin lutut saya tidak akan sakit selepas suntikan lutut?

Rata-rata pesakit yang melakukan prosedur ini berpuas hati. Mereka dapati sakit lutut berkurangan, lutut dapat digerakkan dengan lebih bagus dan kurang rasa kaku. Walaubagaimanapun, keberkesanan bergantung kepada individu. Keputusan mungkin berbeza.

Ada doktor wanita untuk lakukan prosedur ini?

Ada. Majoriti doktor kami adalah doktor wanita.

Berapa kerap perlu cucuk gel lutut?

Setiap kes adalah berbeza. Mengikut data kami, Pesakit datang semula untuk tambah semula (top-up) gel lutut selepas 1-2 tahun. Selepas suntikan lutut, mereka dapati lutut mereka lebih selesa.

Testimoni rawatan sakit lutut

Dapatkan rawatan lutut.

Jangan tunggu hingga parah.

CALL KAMI