Scan Detailed

Pengenalan

Scan ini antara scan yang penting semasa hamil  bagi mengetahui perkembangan bayi. Lebih istimewanya, scan ini berupaya mengesan kecacatan pada organ bayi.

Di United Kingdom, scan detailed ini ditawarkan kepada semua ibu hamil. Namun, di Malaysia, scan ini hanya ditawarkan di klinik dan hospital swasta sahaja kepada semua ibu hamil.

 

Bila perlu lakukan scan ini?

Scan ini perlu dilakukan pada trimester kedua kehamilan iaitu dari 18 hingga 24 minggu sahaja. Ketika ini, Saiz bayi amat sesuai untuk doktor/sonographer meneliti keseluruhan kepala, badan dan organ dalaman bayi.

    Apakah tujuan Melakukan Scan Detailed?

    Doktor/sonographer akan melihat dengan lebih teliti bahagian dan organ dalaman bayi seperti tulang, jantung, otak, saraf tunjang, muka, buah pinggan dan juga abdomen.

     

     

    • Muka : Bentuk dan tulang muka, hidung dan juga langit-langit
    • Kepala : Saiz otak, ruang dalam otak dan juga tulang tengkorak
    • Muka – profil muka, soket dank anta mata, hidung, mulut dan lelangit.
    • Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama.
    • Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen
    • Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
    • Tulang belakang
    • Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari.
    • Jantina baby
    • Tali pusat
    • Keadaan serviks ibu
    • Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah.
    • Amaun amniotic fluid diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.
    CALL KAMI