Merancang kehamilan

Ketahui perancang kehamilan yang sesuai untuk anda

Merancang kehamilan ada banyak manfaat

Walaupun penting, tetapi isu merancang kehamilan ini sering dipandang remeh. Ada banyak kelebihan apabila anda merancang kehamilan anda.

Ibu hamil

Manfaat kepada ibu

Ibu dapat berehat dan pulih secara mental dan fizikal sebelum kelahiran seterusnya

bayi baru dilahirkan

Manfaat kepada anak

Mengurangkan risiko kesihatan kepada kelahiran seterusnya. Kajian mendapati kehamilan yang berlaku kurang dari 6 bulan selepas kelahiran hidup lebih berisiko untuk terjadi kelahiran pramatang, berat kelahiran kurang, schizophrenia dan kecacatan kongenital.

Apakah kaedah mencegah kehamilan (kontraseptif) yang sesuai untuk saya?

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih jenis kontraseptif. Setiap individu adalah berbeza. Yang sesuai untuk puan mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Berjumpalah dengan doktor anda untuk konsultasi lanjut

1

Tahap keberkesanan setiap kaedah merancang kehamilan?

2

Adakah anda kisah jika haid anda berubah?

3

Adakah anda lebih suka kaedah yang tidak perlu peringatan untuk guna/makan setiap hari, bagi mencegah kehamilan?

4

Adakah kaedah kontraseptif itu lebih sesuai dengan gaya hidup anda?

5

Bagaimana kaedah kontraseptif itu merubah rutin harian anda?

6

Adakah anda seorang perokok?

7

Adakah berat anda berlebihan?

8

Adakah anda makan ubat untuk penyakit tertentu?

9

Adakah anda tidak sesuai menggunakan hormon sebagai kaedah mencegah kehamilan?

10

Adakah anda mahu hamil dalam masa terdekat?

11

Adakah anda mempunyai penyakit, sejarah atau risiko kanser?

Ada jenis kontraseptif yang ada?

Terdapat pelbagai kaedah kontraseptif untuk mencegah kehamilan. Di sini adalah kaedah kontraseptif yang kerap digunakan oleh wanita di Malaysia.

Jadual kaedah mencegah kehamilan kontraseptif

Adakah perlu janjitemu untuk ini?

Hanya perlu temujanji jika puan ingin menggunakan kaedah ini:

  • IUCD (Alat Dalam Rahim)
  • Implanon (Kaedah Implan)

Untuk kaedah kontraseptif selain dari diatas, hanya perlu walk in ke Klinik Uzma

Gunakanlah perancang kehamilan yang sesuai untuk anda

Dapatkan nasihat doktor

CALL KAMI