Travel medicine.

Tidak kira ke mana destinasi percutian anda, dapatkan perlindungan lengkap sebelum mula mengembara.

Persediaan sebelum mengembara.

Kita mengembara keluar dari Malaysia atas banyak sebab. Antaranya untuk melancong, sambung belajar, makan-makan, menjalankan ibadah haji/umrah dan lain-lain.

Tidak kisah apa tujuan anda mengembara, anda mungkin berisiko untuk terdedah kepada penyakit-penyakit tertentu.

Jadi, bergantung kepada destinasi anda, buatlah persediaan supaya tidak sakit semasa mengembara.

Dapatkan nasihat doktor mengenai vaksinasi atau perlindungan daripada penyakit berjangkit.

Bagaimana doktor kami dapat bantu anda?

Doktor akan menyarankan vaksin dan perlindungan yang perlu sebelum anda sampai ke destinasi anda. Perjalanan akan lebih selesa dan tenang selepas anda mengambil perlindungan sewajarnya.

Serangga berbisa

Mengelak dari gigitan serangga atau binatang

Sesetengah tempat mungkin mempunyai hidupan liar yang berbeza dengan yang ada di Malaysia

Deep vein thrombosis

Mengurangkan risiko darah beku (deep vein thrombosis) semasa mengembara

Bergantung kepada kes. Doktor akan menasihatkan dan mungkin memberikan alat atau ubat untuk mengurangkan risiko DVT

Motion sickness

Ubat untuk mabuk perjalanan (motion sickness)

Jika anda mabuk perjalanan, ada ubat yang boleh diberikan untuk mengurangkan rasa mabuk laut

Motion sickness

Nasihat untuk mabuk altitud (altitude sickness)

Jika anda berkunjung ke destinasi yang tinggi altitud seperti gunung atau bandar beraltitud tinggi, ada beberapa langkah pencegahan dan ubat yang boleh mengurangkan mabuk altitud

Sun light

Nasihat untuk melindungi dari sinar UV

Sinaran ultraviolet amat merbahaya untuk kesihatan. Dapatkan nasihat doktor untuk melindungi dari sinar UV

Medical check up

Pemeriksaan dan saringan kesihatan sebelum melancong keluar negara

Untuk memastikan anda sihat sebelum memulakan perjalanan

Haji Umrah

Pemeriksaan sebelum menunaikan haji 

Klinik Uzma adalah klinik yang sah diiktiraf oleh Lembaga Tabung Haji

Leptospirosis

Ubat prophylaxis sekiranya ada aktiviti di sungai atau tasik (kencing tikus)

Terdapat ubat prophylaxis untuk mencegah penyakit kencing tikus (Leptospirosis)

Leptospirosis

Ubat malaria dan pencegahan/ pelindungan dari demam malaria

Sekiranya anda mengunjungi tempat endemik malaria, dapatkan perlindungan dari demam malaria

Vaccine

Vaksin-vaksin tertentu seperti influenza, hepatitis A, meningkokokal, japanese encephalitis dan lain-lain

Dapatkan suntikan vaksin-vaksin ini di Klinik Uzma

Yellow fever

Vaksin untuk demam kuning (yellow fever)

Klinik Uzma adalah pusat pemberian vaksin yellow fever yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Ubat ubatan

Ubat yang boleh dibawa semasa mengembara

Anda disarankan untuk membawa beberapa ubat yang mungkin anda perlukan semasa di destinasi.

Vaksin yang anda mungkin perlukan apabila mengembara

Antara vaksin yang mungkin anda perlukan sebelum mula mengembara

Fisioterapi sedang buat rawatan

Vaksin influenza

  • Melindungi dari penyakit flu
  • Mencegah kemasukkan hospital sehingga 77%
  • Disarankan ambil setiap tahun kerana mutasi virus
orang tua pegang penimbang

Vaksin tifoid

  • Melindungi dari demam kepialu (typhoid fever)
  • Demam kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi. Ia ada di air tawar atau laut dan boleh hidup dalam telur tercemar atau tiram selama berbulan-bulan
  • 75% kes berlaku semasa mengembara
knee braces

Vaksin hepatitis A

  • Melindungi dari Hepatitis A yang menyebabkan radang hati
  • Jangkitan disebabkan oleh pengambilan air/makanan tercemar
  • Amat disarankan jika anda mengembara ke kawasan endemik hepatitis A
yellow fever

Vaksin yellow fever

  • Penyakit bawaan nyamuk ini boleh mengakibatkan maut sehingga melebihi 50% kes
  • 90% kes berlaku di Afrika
  • Dapatkan vaksin yellow fever sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas
  • Tahan untuk 10 tahun
meningokokal

Vaksin meningokokal

  • Vaksin ini melindungi dari jangkitan selaput otak dan saraf tunjang yang boleh membawa maut
  • Ini adalah vaksin wajib sebelum ke Tanah Suci
  • Tahan untuk 5 tahun
pneumokokal

Vaksin pneumokokal

  • Melindungi dari penyakit pneumokokal
  • Anak kecil & warga emas berisiko mendapat penyakit pneumokokal yang teruk
  • Ada 2 jenis vaksin. Vaksin conjugate (PCV13) dan vaksin polysaccharide (PPSV23).

Ketahui risiko penyakit berjangkit di destinasi pilihan anda

Dapatkan nasihat doktor kami mengenai saringan kesihatan dan keperluan vaksin ketika mengembara terutamanya bagi tujuan melanjutkan pelajaran, melancong dan menunaikan umrah/haji.

CALL KAMI