Ultrasound Semasa Hamil

Pengenalan

Doktor menggunakan mesin ultrasound untuk melihat bayi dalam rahim. Scan ultrasound menggunakan gelombang bunyi yang senyap untuk menghasilkan imej bayi dalam rahim.

Selalunya, detik-detik ultrasound ini adalah detik-detik yang manis. Terutamanya, apabila ibu bapa melihat baby bergerak-gerak dan melambai-lambai di skrin mesin scan. Walaupun begitu, bukan semua ibu bapa merasai detik manis. Semasa scan ultrasound juga, doktor dapat mengesan kecacatan atau sesuatu yang tidak kena pada bayi dalam kandungan.

Kenapa Perlu Scan

Scan ultrasound diperlukan untuk …

  • Periksa saiz bayi – Semasa dating scan, doktor dapat menganggar usia kandungan puan. 
  • Periksa sama ada puan mengandung lebih dari satu bayi. Kadang-kadang, ada bayi kembar dua atau kembar tiga !
  • Periksa sekiranya ada kecacatan atau sesuatu yang tidak kena.
  • Periksa posisi bayi dan juga kedudukan uri (plasenta) – Apabila uri berada di bawah, doktor mungkin akan sarankan untuk kelahiran menerusi pembedahan caesarean (C-section)
  • Periksa tumbesaran bayi. Doktor akan pastikan bayi membesar melaras dengan usia kandungan. Sekiranya, baby tidak membesar dengan normal, doktor akan cari dan rawat puncanya.

Bahayakah Ultrasound Kepada Bayi?

Tiada kesan mudarat kepada bayi dan juga ibu mengandung. Keputusan scan dapat memberi maklumat berkenaan kesihatan bayi dalam kandungan

Bolehkah saya bawa suami dan orang lain sebagai peneman?

Boleh. Puan boleh bawa bersama suami atau orang lain sebagai peneman. 1-2 orang memadai sebagai peneman. Kanak-kanak dan anak kecil tidak digalakkan bawa bersama dalam bilik scan. Walaubagaimanapun, kami ada kawasan khusus untuk anak bermain.

Bila boleh saya tahu keputusan scan?

Keputusan scan dapat segera. Doktor atau sonographer akan menerangkan keputusan scan kepada puan ketika beliau melakukan scan. Walaubagaimanapun, laporan lengkap dan juga gambar bercetak akan mengambil masa untuk disediakan

Jantina lelaki atau perempuan?

Sekiranya ibu bapa mahu tahu jantina boleh beritahu doktor dan doktor akan periksa.

Scan untuk lihat jantina boleh dilakukan bermula 18 minggu usia kandungan. Selalunya doktor dapat melihat jantina bayu. Kadang-kadang disebabkan posisi baby yang kurang memuaskan, doktor/sonographer tidak nampak jantina.

Scan gender tidak dapat memberi kepastian jantina 100%.

Scan apa yang saya perlu lakukan?

Bergantung kepada kes, doktor akan scan puan beberapa kali sepanjang tempoh mengandung.

Scan pertama dikenali sebagai dating scan. Tujuannya untuk tahu usia kandungan puan dengan tepat. 

Semasa dating scan juga, scan NT (Nuchal Translucency) juga akan ditawarkan kepada puan. Scan NT ini adalah salah satu cara untuk periksa Down Syndrome

Scan yang seterusnya adalah scan detailed anomaly. Scan detailed anomaly ini biasanya dilakukan semasa 18 – 24 minggu kandungan. Doktor/sonographer akan memeriksa organ dalaman baby untuk memastikan tiada kecacatan dan masalah. 

Baca lanjut berkenaan, scan detailed dan juga scan dating.

Perlu temujanji (appointment)?

Untuk scan tumbesaran 2D, tidak perlu temujanji. Hanya perlu datang terus (walk-in).

Untuk scan 3D4D, scan 5D dan juga scan detailed anomaly perlukan temujanji dahulu. Kami ada slot hampir setiap hari. Terus hubungi kami untuk menempah. Tuan puan boleh menelefon +60378876537 atau WhatsApp +60109863198

CALL KAMI