Mencapai berat badan ideal
Capai berat badan ideal anda dengan bantuan ubat dan sokongan doktor bertauliah.
Obesiti adalah penyakit.
Tiada siapa yang tidak mahu kurus dan capai berat ideal masing-masing.
Kebanyakan orang tahu, menurunkan berat badan ada banyak faedah kesihatan.
Kajian menunjukkan jika anda turun 5-10 % daripada berat badan terkini, anda dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular termasuk sakit jantung, tekanan darah tinggi, paras gula dan kolesterol dalam darah.
Obesiti dan impak kepada kesihatan
Sesungguhnya obesiti memberi kesan buruk kepada kesihatan individu. Ianya menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kencing manis dan penyakit jantung.
Kencing manis (diabetes mellitus)
Kolesterol tinggi (dyslipidaemia)
Penyakit jantung koronari
Masalah tidur (sleep apnoea)
Penyakit metabolik (metabolic syndrome)
Stroke (cerebrovascular disease)
Tekanan darah tinggi (hypertension)
Penyakit hepatobiliary seperti fatty liver disease dan batu hempedu
Terkucil (stress urinary incontinence)
Gout dan arthritis lain
Kemandulan (infertility)
Kegagalan jantung (heart failure)
Penyakit buah pinggang
Dementia
Kanser
Apa itu Saxenda?
Saxenda merupakan suntikan ubat liraglutide yang diluluskan untuk menurunkan berat badan.
Saxenda menyerupai hormon GLP-1 yang berfungsi mengawal selera dan nafsu makan.
Mengurangkan selera makan
Badan anda secara semulajadi merembeskan hormon glucagon-like peptide-1 (GLP-1) yang membantu mengawal selera badan. Saxenda akan bertindak seakan-akan GLP-1 dengan mengawal selera makan anda.
Mengurangkan rasa lapar
Apabila kurang rasa lapar, anda akan kurang makan dan seterusnya turun berat badan.
Rasa kenyang lebih lama
Saxenda membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Apabila anda rasa kenyang lebih lama, anda tidak akan makan.
Adakah suntikan Saxenda ini selamat?
- Banyak kajian jangka panjang sudah dilakukan dan Saxenda adalah selamat digunakan untuk membantu mengurangkan berat badan
- Kesan sampingan yang paling kerap dilaporkan adalah rasa loya dan mual. Kebiasaannya, rasa loya ini tidak teruk dan sekejap sahaja
- Saxenda adalah ubat terkawal dan hanya boleh diberi dan dipantau oleh doktor bertauliah
- Sebelum mendapatkan suntikan ini, doktor akan membuat penilaian bagi memastikan suntikan Saxenda ini sesuai untuk anda. Dapatkan nasihat doktor, sebelum memulakan perjalanan menurunkan berat badan anda
Berapa kilogram berat badan saya boleh turun?
Kajian klinikal mendapati, 85% daripada mereka yang menggunakan Saxenda, mencapai pengurangan berat badan yang signifikan.
%
orang hilang berat badan 5% atau lebih
%
orang hilang berat badan 10% atau lebih
Bagaimana mahu cucuk Saxenda?
Saxenda dipakej dalam pen khusus. Anda cuma perlu memasang jarum halus dan menyuntik Saxenda sendiri. Ianya amat mudah dan tidak terlalu menyakitkan.
Saxenda disuntik sekali sehari. Ianya perlu disuntik secara dibawah kulit (subcutaneous). Biasanya ia disuntik dikawasan perut. Saxenda boleh disuntik selepas atau sebelum makan.
Saxenda disuntik mengikut jadual saranan ini.
Peningkatan dos secara berperingkat dapat mengurangkan kesan sampingan seperti loya dan mual.
Apa kesan sampingan suntik Saxenda?
Setiap individu adalah berbeza. Walaubagaimanapun ini adalah antara kesan sampingan yang kerap terjadi.
Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan akibat daripada suntikan ini.
Walaubagaimanapun, kesan sampingan yang paling kerap apabila memulakan suntikan Saxenda adalah rasa loya.
Jika anda rasa mual dan loya, lakukan perkara ini untuk membantu mengurangkan rasa loya.
Makan makanan kurang lemak dan tidak berperisa seperti bubur nasi, roti
Makan makanan yang ada kandungan air yang banyak seperti bubur, sup atau agar-agar
Jangan terus baring selepas makan. Sebaiknya berjalan selepas makan untuk dapatkan udara segar.
Soalan lazim yang kerap ditanya
Apa sebenarnya itu Saxenda?
Saxenda adalah ubat berdaftar bentuk suntikan yang diberi kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan untuk membantu mereka menurunkan berat badan. Saxenda mengandungi liraglutide.
Berapa BMI saya?
Anda boleh mengira BMI anda dengan menggunakan formula ini. Berat badan (kilogram) bahagi tinggi (meter) kuasa dua. Unit BMI adalah kg/m²
Apa kesan sampingan Saxenda?
Semua ubat ada kesan sampingan tersendiri. Kesan sampingan yang paling biasa adalah rasa mual dan loya. Dapatkan nasihat doktor untuk kesan sampingan lain.
Adakah berat yang saya hilang akan kekal?
Bergantung kepada individu itu sendiri. Berat badan yang hilang mesti dikekalkan dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Menurut kajian, hampir 50% yang hilang berat badan dapat mengekalkan berat badan mereka.
Berapa lama saya perlu guna Saxenda?
Bergantung kepada kes. Doktor dan anda akan berbincang untuk menetapkan pelan menurunkan berat badan anda.
Adakah ubat Saxenda ini boleh dibiayai oleh insurans?
Setakat ini, ubat ini masih belum dibiayai oleh insurans.
Biar kami bantu anda capai berat badan ideal anda
Dapatkan konsultasi doktor