Imbasan ultrasound (ultrasound scan)
Imbasan ultrasound atau turut dikenali sebagai sonography atau ultrasonography boleh menghasilkan imej dengan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi.
Apa itu imbasan ultrasound?
Imbasan ultrasound akan menghasilkan imej dengan menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.
Doktor atau sonographer akan menggunakan probe/ transducer untuk menghantar gelombang bunyi ke badan. Gelombang bunyi ini akan dipantulkan semula apabila mengena organ atau struktur badan. Isyarat echo atau pantulan ini akan diterima dan dianalisis menjadi imej.
Gelombang berfrekuensi tinggi ini amat selamat dan tidak merbahaya. Ianya tidak boleh didengari oleh manusia. Banyak kegunaan ultrasound untuk membantu doktor dalam mengesan dan mendiagnos penyakit.
Kegunaan ultrasound scan
Sejak ianya diperkenalkan. Doktor dapat mendiagnos dan merawat pesakit dengan lebih tepat.
Ianya amat diperlukan untuk ‘melihat’ organ dan struktur dalaman manusia.
Fetal ultrasound atau scan bayi
Doktor akan dapat melihat perkembangan janin dalam rahim. Pelbagai jenis scan bayi diperlukan untuk memastikan kandungan membesar dengan sihat. Scan detailed pula dapat mengenalpasti jika terdapat kecacatan pada bayi semasa dalam rahim lagi.
Abdominal ultrasound atau scan ‘perut’
Abdominal ultrasound digunakan untuk memeriksa organ dalam abdomen. Organ-organ dalaman yang dapat diperiksa adalah hati, pundi hempedu, limpa, usus kecil, usus besar, pankreas, dan buah pinggang.
Scan gynaecology atau scan pelvis
Scan gynaecology dapat memeriksa rahim, saluran falopian, kedua-dua ovari dan juga struktur disekitar pelvis wanita.
Breast ultrasound atau scan payudara
Scan payudara digunakan oleh doktor untuk memeriksa payudara dan tisu berdekatan payudara. Ianya amat berguna untuk doktor mendiagnosis jenis ketumbuhan pada payudara.
Echocardiogram atau scan jantung
Biasanya echocardiogram ini dilakukan oleh pakar jantung (cardiologist) untuk memeriksa struktur jantung termasuk bilik-bilik jantung, injap-injap jantung dan aliran darah dalam jantung dan lain-lain.
Ophthalmic ultrasound ataupun scan mata
Digunakan oleh pakar mata untuk memeriksa penyakit okular atau penyakit berkaitan mata.
Persediaan sebelum melakukan imbasan ultrasound
Anda mungkin perlu mengikuti beberapa arahan tertentu untuk ultrasound yang anda mahu lakukan.
1
Untuk scan bayi atau scan pelvis (scan rahim) doktor atau sonographer akan meminta anda minum dan menahan kencing. Ia amat membantu untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.
2
Untuk scan abdomen terutamanya scan hepatobiliary (scan hati, salur dan pundi hempedu) anda mungkin perlu berpuasa sebelum melakukan scan.
3
Bergantung kepada jenis scan yang mahu dilakukan, anda mungkin perlu menyalin baju kepada kain batik/ kain pelikat yang disediakan.
Soalan lazim yang kerap ditanya
Adakah ultrasound bahaya untuk saya?
Ianya selamat. Setakat hari ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa imbasan ultrasound boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap manusia termasuklah terhadap janin dalam rahim.
Berapa lama prosedur imbasan ultrasound
Biasanya imbasan ultrasound mengambil masa 40 – 60 minit.
Siapa yang akan lakukan ultrasound ini?
Imbasan ultrasound boleh dilakukan oleh doktor terlatih dan juga sonografer (sonographer)
Ada doktor wanita untuk buat scan ini? Saya segan dengan doktor lelaki
Ada. Majoriti doktor kami adalah doktor wanita.
Kenapa doktor minta saya tandatangan borang kebenaran?
Borang kebenaran dan keizinan diperlukan untuk beberapa jenis ultrasound. Ia supaya anda faham jenis, kekurangan dan kelebihan ultrasound yang anda lakukan.
Adakah saya perlukan janjitemu untuk lakukan imbasan ultrasound?
Scan kehamilan biasa (scan tumbesaran, scan awal kehamilan) tidak memerlukan temujanji. Hanya perlu terus ke Klinik Uzma.
Walaubagaimanapun, untuk scan ultrasound yang lain, anda perlukan janjitemu terlebih dahulu. Whatsapp ke +60109863198 untuk janjitemu.