Vaksin HPV Gardasil-9
Vaksin HPV bukan hanya untuk wanita tetapi untuk semua. Vaksin ini terbukti membantu melindungi dari pelbagai jenis kanser yang berkaitan dengan virus HPV.
Apa itu sebenarnya HPV?
Human papillomavirus (HPV) merupakan sejenis kumpulan virus. HPV boleh menyebabkan ketuat kelamin (genital warts) dan juga beberapa jenis kanser.
Terdapat lebih 100 jenis virus HPV yang berbeza.
Hubungan HPV dan kanser
Jangkitan HPV amat kerap berlaku dikalangan orang dewasa. Jangkitan HPV ini tiada gejala dan simptoms. Kebiasaanya, jangkitan ini hilang dengan sendirinya.
Walaubagaimanapun, untuk sesetengah orang, jangkitan ini tidak hilang. Apabila jangkitan ini tidak hilang, virus ini boleh mengakibatkan beberapa jenis kanser dan penyakit lain termasuklah
Kanser serviks
Kanser vulva
Kanser vagina
Kanser dubur (anal cancer)
Kanser tekak dan mulut
Ketuat kelamin (genital warts)
Apa itu vaksin Gardasil-9?
Gardasil-19 merupakan vaksin HPV yang melindungi dari penyakit dan kanser yang disebabkan oleh 9 jenis virus HPV.
9 jenis virus HPV ini boleh mnyebabkan kanser serviks, kanser vagina, kanser dubur, kanser tekak dan mulut dan juga ketuat kelamin
Walaupun anda sudah lengkap mendapatkan vaksin HPV, anda masih perlu melakukan saringan kesihatan serviks (PAP smear)
Vaksin Gardasil-9 boleh diberi kepada wanita dan lelaki untuk melindungi dari kanser dan penyakit berikut:
Manfaat kepada perempuan
- Kanser serviks yang disebabkan oleh HPV jenis 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58.
- Kanser vulva yang disebabkan oleh HPV jenis 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58.
- Kanser vagina yang disebabkan oleh HPV jenis 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58.
- Kanser dubur yang disebabkan oleh HPV jenis 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58.
- Ketuat kelamin (condyloma acuminata) yang disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11
- Cervical intraepithelial neoplasia (CIN) gred 2/3 yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58
- Cervical adenocarcinoma in situ (AIS) yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58
- Cervical intraepithelial neoplasia (CIN) gred 1 yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58
- Vulvar intraepithelial neoplasia (VIN) gred 2 dan gred 3 yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58
- Vaginal intraepithelial neoplasia (VaIN) gred 2 dan gred 3 yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58
- Anal intraepithelial neoplasia (AIN) gred 1, 2, dan 3 yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58
Manfaat kepada lelaki
- Pencegahan kanser dubur (anal cancer) yang disebabkan oleh HPV jenis 16, 18, 31, 33, 45, 52, dan 58.
- Ketuat kelamin (condyloma acuminata) yang disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11
- Anal intraepithelial neoplasia (AIN) gred 1, 2, dan 3 yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58
Selamatkah vaksin Gardasil-9 ini?
Secara umumnya, vaksin ini sudah mendapat kelulusan dari The United States Food and Drug Administration (FDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Kesan sampingan suntikan vaksin adalah seperti sakit, bengkak, gatal, lebam, berdarah, sakit kepada, demam, rasa loya dan pening kepala.
Dapatkan nasihat doktor sebelum anda mendapatkan vaksin Gardasil-9
Berapa dos yang diperlukan untuk vaksin HPV Gardasil-9 ini?
Vaksin HPV Gardasil-9 boleh diberikan kepada individu berusia 9 hingga 45 tahun.
3 dos vaksin diperlukan untuk mendapatkan perlindungan lengkap
Amat disarankan ikuti jadual vaksinasi 0, 2, 6 bulan ini.
Berapa harga vaksin HPV Gardasil-9 ini?
1 DOS
vaksin HPV Gardasil-9- 1 dos vaksin HPV Gardasil-9
- Caj konsultasi doktor
- Caj peralatan dan barang
3 DOS
vaksin HPV Gardasil-9- 3 dos vaksin HPV Gardasil-9
- Caj konsultasi doktor
- Caj peralatan dan barang
Dapatkan perlindungan daripada virus HPV
Dapatkan suntikan vaksin HPV Gardasil-9