Rawatan trigger finger

Derita trigger finger terjadi apabila jari anda tersangkut semasa posisi bengkok. Ia boleh mengeluarkan bungi klik semasa jari cuba diluruskan. Nama lain untuk trigger finger adalah ‘stenosing tenosynovitis’

Apa itu trigger finger?

Trigger finger adalah kondisi dimana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi klik atau pop semasa diluruskan. Untuk kes trigger finger yang teruk, jari yang bengkok tersebut tidak dapat diluruskan dengan sendirinya. Kebiasaanya, selepas jari diluruskan semula, anda akan berasa sakit.

Trigger finger of 4th finger

Trigger finger di jari manis

Trigger finger di jari manis (jari ke-4). Apabila pesakit gengam tangan dan membuka gengaman semula, jari manis masih tidak dapt diluruskan. Pesakit ini berasa sakit dan kebas.

Sebab terjadi trigger finger

Trigger finger adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Apabila salur tendon menyempit, tendon yang menggerakkan jari tidak dapat bergerak lancar seperti biasa.

Trigger finger boleh terjadi kepada semua orang. Walau bagaimanapun, ianya lebih kerap terjadi kepada wanita berusia 40 hingga 60 tahun. Mereka yang menghidap kencing manis dan penyakit rheumatoid arthritis lebih tinggi risiko untuk mendapat trigger finger.

stenosing tenosynovitis

Gejala trigger finger

Ini gejala dan tanda yang mungkin berlaku apabila anda mengalami trigger finger

1 - Jari dalam posisi bengkok dan sukar digerakkan

2 - Terdapat benjolan kecil (nodule) pada bahagian jari yang terlibat

3 - Jari terasa ketat dan sukar digerakkan terutamanya selepas bangun pagi

4 - Jari yang bengkok berbunyi klik atau pop apabila diluruskan atau terasa seperti tersekat-sekat

Apa rawatan untuk trigger finger?

Rawatan trigger finger bergantung kepada gejala yang dialami oleh pesakit.

Pada peringkat awal, fisioterapi boleh membantu memulihkan trigger finger. Untuk peringkat yang lebih teruk, pembedahan untuk membesarkan saluran tendon yang menyempit tersebut.

Berikut merupakan antara pilihan rawatan yang ada untuk kondisi trigger finger:

Fisioterapi sedang buat rawatan

Rawatan fisioterapi.

Urutan, air sejuk dan senaman terapi fisio dapat membantu memulihkan trigger finger terutamanya pada peringakat awal

orang tua pegang penimbang

Senaman jari

Senaman jari yang dinamakan gliding exercise amat membantu untuk melincirkan pergerakan tendon. Klik pautan ini untuk video gliding exercise ini. 

knee braces

Rendaman air sejuk

Terapi haba dan sejuk dapat membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pesakit. Anda boleh merendam tangan dalam air sejuk berais selama 10 – 15 minit.

Suntikan Lutut PRP (Platelet-rich Plasma)

Ubatan tahan sakit

Ubatan tahan sakit seperti NSAIDs mungkin akan diberi untuk mengurangkan kesakitan akibat trigger finger

Suntikan Lutut PRP (Platelet-rich Plasma)

Suntikan steroids trigger finger

Suntikan steroid pada bahagian saluran tendon yang sempit boleh dilakukan untuk memulihkan trigger finger. Prosedur ini tidak sakit kerana ianya dilakukan menggunakan bius setempat.

Fisioterapi sedang buat rawatan

Pembedahan trigger finger release

Apabila rawatan suntikan streoid tidak menjadi, pembedahan untuk membuka kesempitan saluran tendon boleh dilakukan. Prosedur ini boleh dilakukan dengan bius setempat. 

Rawatan Trigger Finger

by | Nov 20, 2023

Soalan lazim yang kerap ditanya

Sakit atau tidak semasa suntik jari trigger finger?

Sebelum prosedur, doktor akan memberi suntikan bius setempat dikawasan lutut. Sepatutnya prosedur ini tidak menyakitkan. Ia mungkin tidak selesa sahaja.

Berapa lama prosedur suntikan lutut ini?

Prosedur suntikan jari trigger ini sekejap sahaja. Anggaran 15-20 minit. 

Doktor mana yang akan buat prosedur ini?

Prosedur ini akan dilakukan oleh doktor residen kami. Mereka sudah banyak kali melakukan prosedur ini.

Ada jaminan trigger finger saya sembuh sepenuhnya?

Rata-rata pesakit yang melakukan prosedur ini berpuas hati. Mereka dapati sakit berkurangan. Namun kesannya adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Sekiranya suntikan steroids dan fisioterapi tidak berkesan, anda mungkin perlu dirujuk kepada pakar orthopedik untuk pembedahan ‘trigger finger release’

Ada doktor wanita untuk lakukan prosedur ini?

Ada. Majoriti doktor kami adalah doktor wanita. Anda perlu beritahu staff kami semasa menetapkan janji temu.

Rawatan Trigger Finger

by | Nov 20, 2023

Testimoni rawatan suntikan trigger finger

Dapatkan rawatan suntikan trigger finger.

Jangan tunggu hingga teruk.

CALL KAMI