Pertandingan Mewarna & Melukis Bertemakan

‘Sihat Bersama-sama’

Terbuka khusus untuk anak berusia 4 tahun hingga 12 tahun sahaja. Baca syarat pertandingan dibawah.

Pengenalan

Sempena pembukaan Klinik Uzma yang baharu di Kelana Mall, kami menganjurkan Pertandingan Melukis dan Mewarna Bertemakan Sihat Bersama-sama.

Diharapkan ibu bapa dapat meluangkan masa bersama semasa cuti sekolah ini bersama anak-anak dengan aktiviti mewarna dan melukis ini.
Didoakan aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan ibubapa dan anak-anak.

Kategori & Cara Menyertai Pertandingan

Ada 3 kategori untuk penyertaan ini

1 – Kategori A ( 4 – 6 tahun)

  • Terbuka dari usia 4 hingga 6 tahun
  • Peserta hendaklah mewarna lukisan bersaiz A4 yang telah disediakan oleh penganjur.
  • Ada 3 versi lukisan untuk diwarna. Pilih salah satu sahaja. VERSI 1 atau VERSI 2  atau VERSI 3  (Sila KLIK pautan untuk muat turun)
  • Hanya dibenarkan mewarna menggunakan pensil warna atau krayon sahaja.
  • Peserta boleh menambah/melukis sebarang karakter atau elemen lain mengikut kreativiti masing-masing
  • Tulis nama penuh, IC dan nombor telefon di belakang karya/lukisan
  • Hantar karya/lukisan ke alamat yang diberikan sebelum 30 November 2019

2 – Kategori B ( 7 – 9 tahun)

  • Terbuka dari usia 7 hingga 9 tahun
  • Peserta hendaklah MELUKIS dan MEWARNA karya sendiri di atas kertas bersaiz A4.
  • Lukisan dan karya hendaklah bertemakan ‘Sihat bersama-sama’
  • Hanya dibenarkan menggunakan pensil, pensil warna atau krayon sahaja.
  • Tulis nama penuh, IC dan nombor telefon di belakang karya/lukisan
  • Hantar karya/lukisan ke alamat yang diberikan sebelum 30 November 2019

3 – Kategori C (10 – 12 tahun)

  • Terbuka dari usia 10 hingga 12 tahun
  • Peserta hendaklah MELUKIS dan MEWARNA karya sendiri di atas kertas bersaiz A4.
  • Lukisan dan karya hendaklah bertemakan ‘Sihat bersama-sama’
  • Hanya dibenarkan menggunakan pensil, pensil warna atau krayon sahaja.
  • Tulis nama penuh, IC dan nombor telefon di belakang karya/lukisan
  • Hantar karya/lukisan ke alamat yang diberikan sebelum 30 November 2019

NOTA PENTING: Semua karya/lukisan boleh di pos atau diserah tangan (hand deliver) ke alamat ini.

KLINIK UZMA KELANA MALL, 31M-01 & 31N-01, Kelana Mall, Jalan SS 6/12, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Pemenang & Hadiah

Pemenang akan dipilih oleh komiti dan jawantankuasa pertandingan

  • Pemenang akan dipilih dari setiap kategori. 3 pemenang dari setiap kategori.
  • Hadiah saguhati dan sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta!

Tarikh Tutup Penyertaan

  • Semua karya hendaklah diterima oleh Klinik Uzma sebelum atau pada 30 NOVEMBER 2019.
  • Penyertaan yang diterima selepas itu tidak diterima.

Soalan Lazim

Sebelum hubungi kami, mungkin jawapan yang tuan/puan mahukan ada di sini

Sekiranya ada apa-apa isu, terus telefon kami di 03 7886 0002

Bila tarikh tutup pertandingan?

  • Semua karya hendaklah diterima oleh Klinik Uzma sebelum atau pada 30 NOVEMBER 2019.
  •  Pesertaan yang diterima selepas itu tidak diterima.

Bolehkah saya pos atau kurier lukisan anak saya?

  • Boleh
  • Tuan puan boleh pos atau kurier lukisan anak tuan puan ke KLINIK UZMA KELANA MALL, 31M-01 & 31N-01, Kelana Mall, Jalan SS 6/12, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Bolehkah anak saya gunakan warna air?

  • Pertandingan ini hanya membenarkan pensil, pensil warna atau krayon sahaja digunakan untuk mewarna dan menghasilkan karya/lukisan

Siapa boleh sertai pertandingan ini?

  • Pertandingan ini dibuka kepada semua anak yang berusia 4 hingga 12 tahun
  • Penyertaaan mestilah mengikut kategori umur
  • Rujuk bahagian Kategori & Cara Menyertai Pertandingan di atas

Bila keputusan akan diumumkan?

  • InsyaAllah keputusan akan diumumkan pada 11 Disember 2019 sempena majlis kesyukuran pembukaan Klinik Uzma
  • Hadiah akan diberikan pada majlis tersebut

Saya ada soalan lain. Bagaimana saya mahu dapatkan jawapan?

Call kami dengan mendail 03 7886 0002 atau Whatsapp kami 010 986 3198. Kami akan bantu mudahkan urusan tuan puan

Ada soalan?

Hubungi kami untuk jawapan.

Telefon 03 7886 0002

CALL KAMI