Scan pelvis (Scan gynae)

Scan pelvis atau umumnya dikenali sebagai scan gynae merupakan scan untuk melihat organ dan struktur alat peranakan wanita seperti rahim, serviks, vagina, tiub fallopian, ovari dan lain-lain.

Antara kondisi yang dapat diperiksa adalah seperti PCOS, fibroid, ketumbuhan, lapisan dinding rahim dan lain-lain lagi.

scan gynae scan pelvis

Kenapa anda perlu buat scan pelvis?

Dengan melakukan scan pelvis, doktor dan anda dapat mengetahui:

  • Saiz, bentuk dan posisi rahim dan ovari
  • Ketebalan dinding rahim, otot rahim
  • Periksa ketumbuhan atau struktur lain di rahim, tiub fallopian, ovari atau kawasan sekitarnya

Menerusi scan pelvis, doktor dapat mengesan penyakit atau kondisi dalam pelvis wanita:

  • Fibroids, cycts atau ketumbuhan lain dalam pelvis wanita
  • Radang atau jangkitan pelvis seperti penyakit pelvic inflamatory disease (PID)
  • Polycystic ovary syndrome (PCOS)
  • Kandungan diluar rahim (ectopic pregnancy)
  • Memeriksa kedudukan alat dalam rahim (IUCD)
scan pelvis

Scan pelvis boleh dilakukan dengan 2 kaedah:

Scan pelvis

Transabdominal (Scan atas)

Probe ataupun nama lain transducer diletakkan di atas abdomen untuk scan kawasan organ perempuan

transvaginal scan

Transvaginal (Scan bawah)

Probe halus dan panjang ini diletakkan dalam vagina. Ianya tidak sakit.

Kebiasaanya, kaedah transabdominal (TAS) digunakan untuk melakukan scan pelvis. Walaubagaimanpun, ada keadaan tertentu perlu menggunakan probe yang dimasukkan ke dalam vagina. 

Berapa harga scan pelvis?

RM 85 – Scan atas [transabdominal (TAS)]

RM 100 – Scan bawah [transvaginal (TVS)]

Scan pelvis memerlukan janji temu. 

scan transabdominal pelvis

scan pelvis atau scan rahim

by | Dec 5, 2023

Periksa rahim anda dengan pelvic scan

Jangan tunggu. Jangan segan. Kami sedia membantu

CALL KAMI