Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil
Tahniah bakal ibu kerana anda bakal menimang cahaya mata!
Langkah seterusnya adalah buka buku pink dan lakukan pemeriksaan kesihatan ibu hamil secara bulanan.
Ramai memilih untuk buka pink di Klinik Uzma kerana harga berbaloi, doktor wanita berpengalaman dan mesin scan yang canggih!
Bilakah Waktu Sesuai Untuk Guna Ujian Kit Kehamilan?
Ujian kehamilan di rumah boleh dilakukan selepas 7 hari anda tidak datang haid daripada tarikh haid yang terakhir.
Ujian kehamilan ini sebaiknya dilakukan pada waktu pagi, pada sampel pertama air kencing anda.
Keputusan test kit kehamilan yang positif (dua garis) menunjukkan anda hamil !
Langkah seterusnya, anda boleh terus walk in ke Klinik Uzma untuk melakukan ujian pengesahan kehamilan melalui scan awal kehamilan (early scan).
Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Buka Buku Pink (Antenatal)?
Anda boleh walk-in untuk buka buku pink (pemeriksaan terperinci) di mana-mana klinik kesihatan atau swasta pada minggu ke 11 atau 12 kehamilan.
Dokumen yang perlu dibawa untuk buka buku pink:
- Kad pengenalan diri
- Kad pengenalan suami
- Gambar passport anda dan pasangan
- Sijil nikah
- Pengesahan tempat tinggal (bil air/elektrik)
- Surat rujukan doktor (jika ada)
Pemeriksaan Buku Pink Bulanan
Antara pemeriksaan yang akan dilakukan termasuklah:
- Pemeriksaan fizikal
- Tekanan darah
- Berat badan
- Ujian air gula
- Ujian air kencing
- Ujian darah
- Scan bayi (Scan nuchal translucency, screening for fetal anomaly, 3D4D5D)
- Vaksin tambahan ibu hamil (Influenza & Tdap)
Kekerapan Pemeriksaan Bulanan Ibu Hamil
- 1 – 28 minggu: sebulan sekali
- 28 – 35 minggu: setiap 2 minggu sekali
- 36 minggu dan keatas: setiap minggu
Nota: Ini adalah panduan sahaja. Setiap kes adalah berbeza mengikut jenis dan risiko kandungan.
Kelebihan Buka Buku Pink di Klinik Uzma
Pemeriksaan ibu hamil dilakukan oleh doktor wanita yang berpengalaman
Scan bayi dilakukan oleh sonographer wanita berpengalaman
Harga amat berpatutan untuk kualiti servis doktor
Harga Buka Buku Pink Klinik Uzma
Anggaran RM 150-250 untuk pemeriksaan kali pertama. Pemeriksaan bulanan dalam anggaran RM 70 – 150 per sesi
Jom lakukan pemeriksaan kehamilan anda di Klinik Uzma
Kesihatan ibu dan bayi adalah keutamaan kami.