Ketulan dan benjolan
Ketulan dan benjolan boleh muncul di semua bahagian tubuh badan. Untuk kebanyakan kes, ketulan ini tidak bahaya. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya ketulan itu masih ada selepas 1 minggu atau anda masih risau mengenai benjolan tersebut.
Jumpa doktor segera sekiranya ketulan itu …
Ketulan semakin membesar
Ketulan rasa keras dan sukar untuk digerakkan
Ketulan masih ada selepas 1 - 2 minggu
Ketulan berasa panas, nampak merah dan menjadi sakit
Ketulan tumbuh semula selepas dibuang oleh doktor
Ketulan di payudara atau di buah zakar (testis)
Ada benjolan di kawasan leher, ketiak atau pangkal paha (groin)
Anda masih risau dan rasa ketulan ini pelik
Terdapat banyak sebab berlaku benjolan dan ketulan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Jangan merawat diri sendiri. Jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Doktor anda akan bertanya soalan mengenai benjolan tersebut dan memeriksa benjolan tersebut. Untuk kes tertentu, doktor mungkin akan menggunakan mesin ultrasound.
Ketulan di bahagian badan
- Skin tag (Kutil) – Kebiasaannya warna kulit atau mungkin sedikit gelap. Tidak sakit dan kebiasaanya tidak bahaya.
- Lipoma – Benjolan lemak di bawah kulit. Biasanya tidak bahaya
- Cysts – Benjolan di bawah kulit. Biasanya ada air bisa atau nanah.
- Abscess – Benjolan yang sakit di bawah kulit. Biasanya ada nanah.
Ketulan di ketiak, celah paha, leher
- Kelenjar limfa yang bengkak – Biasanya ketulan bulat-bulat di bahagian tepi leher, celah paha atau ketiak
- Hernia (angin pasang) – Biasanya ada dibahagian celah paha atau bahagian kerandut zakar
- Beguk (goitre) – Biasanya ketulan dihadapan leher
- Ketuat kelamin (genital warts) – Biasanya di celah paha atau di bahagian alat kelamin
- Non-hodgkin lymphoma – Bengkak dibahagian tepi leher, celah paha atau ketiak yang tidak surut-surut
Bahagian dubur atau vagina
- Buasir – Salur darah dubur bengkak. Ia mungkin terkeluar dari bukaan dubur
- Dubur jatuh (rectal prolapse) – sebahagian besar usus dubur terkeluar dari bukaan dubur
- Rahim jatuh (uterine prolapse) – sebahagian dari rahim terkeluar dari bukaan vagina
Benjolan pada payudara
- Fibroadenoma – Biasanya benjolan lembut dan permukaan licin. Mungkin boleh digerakkan
- Cyst payudara
- Kanser payudara – Biasanya benjolan keras dan permukaan tidak licin
Segera jumpa doktor jika anda dapat rasa ketulan di payudara. Doktor akan periksa lanjut.
Bahagian tangan
- Ganglion cysts – Benjolan di bahagian pergelangan tangan atau jari. Terdapat gel dalam benjolan tersebut
- Ketuat – Ketulan yang mempunyai permukaan kasar
Apa rawatan untuk ketulan dan bengkak ini?
Selepas mengenalpasti jenis ketulan ini, doktor akan beri rawatan yang sesuai.
Kebiasaanya, ketulan ini boleh dibuang dengan melakukan pembedahan kecil. Pembedahan kecil ini biasanya mengambil masa 15 – 60 minit bergantung kepada jenis dan kerumitan ketulan tersebut.
Bagaimana pembedahan kecil (minor surgery) ini dilakukan?
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Soalan lazim yang kerap ditanya
Sakit atau tidak semasa pembedahan kecil ini?
Sebelum prosedur, doktor akan memberi suntikan bius setempat dikawasan bengkak. Sepatutnya, anda tidak akan berasa sakit.
Berapa lama prosedur pembedahan kecil ini?
Bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz ketulan, kerumitan ketulan dan lain-lain. Kebiasaanya untuk prosedur yang mudah, ia mengambil masa 15 – 60 minit sahaja.
Doktor mana yang akan buat prosedur ini?
Prosedur ini akan dilakukan oleh doktor residen kami. Mereka sudah banyak kali melakukan prosedur ini.
Apa yang saya perlu buat selepas pembedahan kecil ini?
Doktor akan memberikan nasihat yang khusus untuk kes anda. Nasihat yang biasa adalah menjaga dan mencuci kawasan luka dengan bersih.
Ada doktor wanita untuk lakukan prosedur ini?
Ada. Majoriti doktor kami adalah doktor wanita.
Berapa harga untuk melakukan prosedur ini?
Setiap kes adalah berbeza. Harga prosedur pembedahan kecil ini bermula RM 150 sahaja.
Testimoni pembedahan kecil buang ketulan
Saya mahu buang ketulan ini
Jangan tunggu. Set janji temu sekarang