Gaya Hidup | Kesihatan Dewasa

Mengapa masih mengamalkan jamu untuk kurus jika kita ada Saxenda?

Siapa yang tidak mahu memiliki bentuk badan atau berat badan yang ideal sekaligus mengatasi masalah obesiti. Tahukah anda jika berat badan berlebihan boleh menjadi punca dan sebab masyarakat di datangi pelbagai penyakit. Di sini saya akan berkongsi kaedah baru untuk mencapai impian anda.

Apa itu Saxenda?

Saxenda ialah jenama ubat suntikan yang dikenali sebagai Liraglutide. Tahukah anda ini adalah ubat untuk mengurangkan berat badan ditambah pula dengan diet dan senaman.

Mengapa pen saxenda mampu membantu kita dari segi pengurusan berat badan? Ini kerana saxenda sangat mirip dengan GLP-1, hormon yang berlaku secara semula jadi di dalam badan yang dilepaskan sebagai tindak balas terhadap pengambilan makanan dan bertindak sebagai pengatur fisiologi selera makan dan pencernaan.

Sekiranya anda ada masalah obesiti atau penyakit NCD (darah tinggi, diabetes, kolestrol) yang memerlukan anda untuk mengurangkan berat badan maka saxenda mampu untuk membantu. Saxenda boleh menurunkan berat badan dengan memberi efek cepat kenyang dan kurang selera makan.

Golongan yang dibenarkan untuk mengguna Saxenda.

Pasti anda tertanya golongan yang mana sesuai untuk menggunakan saxenda? Adakah golongan muda boleh menggunakan saxenda atau adakah golongan warga emas sesuai untuk menggunakan saxenda?

Anda boleh mendapatkan saxenda sekiranya anda :

  • Berlebihan berat badan (BMI>27) termasuk masalah perubatan seperti darah tinggi, diabetes atau kolesterol.
  • Orang dewasa (BMI>30) tanpa atau termasuk perubatan masalah NCD (darah tinggi, kolesterol atau diabetes). Tiada sejarah tiroid (individu sendiri atau ahli keluarga).

Walaubagaimanapun, jika anda pengguna insulin maka anda tidak disarankan untuk mengambil saxenda kerana masih belum ada case study bagi pengguna insulin mengambil saxenda dan tidak juga digalakkan untuk kanak-kanak, ibu mengandung mahupun yang masih breast feeding.

Bagaimana cara menggunakan Saxenda?

1 pen saxenda ini mempunyai 18mg=3ml ubat. Dose akan meningkat seminggu sekali bermula dengan 0.6mg, 1.2mg, 1.8mg, 2.4mg & 3.0mg. Untuk pengetahuan anda, jumlah keseluruhan pen yang diperlukan dalam masa sebulan ialah 3 pen (sehingga capai dose 3.0mg). Semakin meningkat dose anda, semakin cepat kehabisan dose pen tersebut.

Ramai takut mencuba saxenda kerana perlu cucuk sendiri tetapi jangan khuatir kerana size jarum saxenda hanya 4mm sahaja.

Bagaimana nak cucuk sendiri? Mudah sahaja. Anda boleh cucuk di kawasan yang berlemak. Selamat untuk dicucuk di kawasan perut. Pastikan sebelum cucuk anda semak dose anda dulu. Jarum yang telah digunakan haruslah dibuang dan digantikan dengan jarum yang baru.

Kesan sampingan Saxenda

Antara kesan sampingan saxenda ialah :

  • Mual
  • Muntah
  • Badan tidak bertenaga
  • Pening

Walaubagaimanapun, tidak semua pesakit akan alami kesan sampingan saxenda. Bergantung atas individu dan dapatkan nasihat dari doktor juga.

Bila waktu yang sesuai untuk menggunakan saxenda? Sebaiknya dimulakan dengan waktu yang sesuai dengan pesakit. Jika dimulakan waktu pagi maka hari seterusnya pun sama.

Tahap keberkesanan Saxenda

Bagi sesiapa yang mengambil saxenda, ia haruslah ditambah dengan diet yang seimbang dan senaman harian bagi membantu keberkesanan yang tinggi. Walaubagaimanapun, kami tahu bahawa saxenda adalah ubat yang berkesan dalam pengurusan berat badan.

Anda boleh bincang dengan doktor dahulu sebelum menjadikan pen saxenda itu milik anda.

Artikel ditulis oleh Eera NN

Dikemaskini pada Apr 5, 2023

Masih belum jumpa apa yang anda cari?

Jika anda masih ada soalan yang perlukan jawapan, doktor kami sedia membantu anda. WhatsApp kami untuk janji temu.

Ikuti kami di sosial media

Penafian: Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh doktor. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor untuk sebarang persoalan berkenaan isu perubatan anda. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, mengabaikan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Uzma Group PLT (LLP 0003605-LGN) tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Disyorkan untuk anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CALL KAMI