Cara periksa gred mati pucuk melalui soal selidik erection hardness score (EHS). EHS digunakan bagi mengetahui gred mati pucuk anda di paras biasa atau teruk. Cara periksa gred mati pucuk ini digunakan oleh klinik kepada pesakit yang memerlukan rawatan sakit tuan khasnya shockwave therapy
Apa itu masalah mati pucuk?
Mati pucuk berlaku apabila seorang lelaki tidak mampu mengekalkan ereksi zakar untuk melakukan hubungan intim. Masalah ini boleh terjadi kepada lelaki semua peringkat umur, walaupun lebih kerap berlaku kepada lelaki berumur 40 tahun ke atas
Punca-punca mati pucuk lelaki
🔴 Aliran darah tak lancar
Saluran darah yang tersumbat atau sempit menyebabkan zakar tidak mendapat cukup darah untuk ereksi penuh.
🔴 Penyakit kronik
Diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan penyakit jantung sering dikaitkan dengan mati pucuk.
🔴 Hormon tak seimbang
Paras testosteron rendah menjejaskan nafsu dan prestasi seksual.
🔴 Masalah psikologi
Stres, tekanan kerja, anxiety, dan kemurungan boleh mengganggu keinginan seksual.
🔴 Gaya hidup tidak sihat
👉 Merokok
Nikotin menyempitkan saluran darah termasuklah ke zakar, menyebabkan aliran darah tidak lancar dan ereksi jadi lemah.
👉 Pengambilan Alkohol Berlebihan
Mengganggu sistem saraf dan hormon lelaki, menjejaskan keinginan seksual serta fungsi ereksi.
👉 Kurang Tidur / Rehat
Tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu hormon testosteron dan menurunkan prestasi seksual.
👉 Kurang Aktiviti Fizikal
Gaya hidup terlalu pasif meningkatkan risiko obesiti, darah tinggi, dan diabetes – semuanya menyumbang kepada mati pucuk.
👉 Pemakanan Tidak Sihat
Terlalu banyak makanan tinggi lemak dan gula menyumbang kepada saluran darah tersumbat dan masalah hormon.
Simptom-simptom mati pucuk
✅ Ereksi tak cukup keras
✅ Zakar cepat mengendur sebelum penetrasi
✅ Kurang morning wood
✅ Hilang nafsu bersama pasangan
Cara periksa gred mati pucuk
Untuk kenal pasti tahap mati pucuk, doktor selalunya gunakan sistem Erection Hardness Score (EHS) . EHS ialah salah satu penilaian untuk mengukur sejauh mana zakar boleh mencapai ereksi penuh.
1️⃣ Gred 1: Zakar membesar tapi masih lembik
2️⃣ Gred 2: Zakar tidak cukup keras untuk penetrasi
3️⃣ Gred 3: Zakar cukup keras untuk penetrasi tapi tidak keras sepenuhnya
4️⃣ Gred 4: Zakar keras sepenuhnya dan tegang
Nota: Jika anda berada di Gred 1 hingga 3, segeralah dapatkan rawatan sakit tuan di Klinik Uzma
Rawatan Mati Pucuk di Klinik Uzma
Kami sediakan beberapa pilihan rawatan sakit tuan bergantung kepada tahap dan punca masalah:
1. Extracorporreal Shockwave Therapy (ESWT)
Rawatan moden tanpa pembedahan. Shockwave akan disalurkan ke zakar bagi:
- Merangsang aliran darah
- Bina saluran darah baru
- Tingkatkan ketegangan secara semula jadi
✅ Tiada ubat
✅ Tiada jarum
✅ Tidak menyakitkan
2. Ubat mati pucuk (Preskripsi Doktor)
Ada pelbagai jenis dan jenama dalam bentul pil dan juga oral film strip. Ubat-ubatan mati pucuk membantu kekalkan ereksi semasa hubungan. Doktor akan beri preskripsi ubat yang bersesuaian dengan rekod perubatan & masalah anda. Anda wajib mendapatkan konsultasi doktor sebelum menggunakan ubat ini.
3. Senaman Kegel
Senaman kegel ini boleh dilakukan di rumah.
1️⃣ Kenalpasti otot pelvik semasa kencing
2️⃣ Cuba tahan kencing semasa sedang kencing. Itulah otot pelvik.
3️⃣ Selesai kenalpasti otot pelvik, anda boleh lakukan senaman kegel ini dalam posisi berdiri, duduk dan baring.
4️⃣ Tahan (kemut) otot pelvik selama 5 saat. Buat 10 kali sehari atau lebih.
Kesimpulan: sudah tahu gred mati pucuk anda?
Kalau anda berada di gred 1 hingga 3, jangan tunggu sehingga jadi lebih teruk.
Rawatan awal lebih berkesan dan pulih lebih cepat.
📍 Temui doktor lelaki di Klinik Uzma untuk sesi konsultasi & rawatan mati pucuk secara selamat dan profesional.
Kami sediakan doktor lelaki supaya anda lebih selesa, shockwave therapy dan ubat-ubatan mati pucuk yang bersesuaian dengan anda.
Kenapa Pilih Klinik Uzma?
✅ Doktor lelaki & pembantu lelaki sahaja untuk rawatan sakit tuan
✅ Privasi terjaga, selesa berbincang masalah sulit dengan doktor lelaki
✅ Extracorporreal Shockwave Therapy (ESWT) berkesan & selamat
✅ Harga rawatan berpatutan
0 Comments