Bakal ibu pasti rasa teruja dan gembira menantikan kehadiran si kecil di dalam rahim anda. Tidak sabar rasanya untuk memegang dan memeluk si kecil ke dalam dakapan anda. Dalam kegembiraan ini, ibu pasti akan lakukan apa saja untuk memastikan keadaan si kecil sihat dan mempunyai nutrisi yang secukupnya. Pemakanan yang seimbang, rehat yang cukup dan pemikiran yang positif akan membantu ibu meneruskan proses kehamilan dengan baik.
Mendapat nutrisi yang betul adalah sangat penting untuk membantu proses pembesaran dan perkembangan bayi yang sihat. Salah satu nutrisi yang sangat penting semasa trimester pertama kehamilan adalah asid folik atau yang sering disebut sebagai vitamin B9.
Pernah tak anda terfikir bahawa asid folik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan para ibu? Lebih-lebih lagi pada mereka yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga disarankan untuk mengambil asid folik.
Oleh itu, saya pasti anda semua bersetuju jika saya katakan tidak semua para ibu sebetulnya faham, sebenarnya apa itu asid folik serta apa kepentingannya? Tahukah anda bahawa trimester pertama adalah waktu yang sangat penting di mana perkembangan awal janin terjadi dengan cepat. Malah, kesan buruk turut terjadi sekiranya para ibu menganggap pengambilan asid folik ini hanyalah perkara yang remeh.
Jadi, dalam artikel ini saya akan jelaskan serta berkongsi mengapa asid folik memainkan peranan yang penting pada usia awal kandungan dan bagaimana asid folik boleh memberikan manfaat yang besar pada kandungan anda.
Apakah Itu Asid Folik?
Asid Folik adalah salah satu komponen vitamin B9 dikenali sebagai folat yang digunakan oleh tubuh badan untuk penghasilan sel baru setiap hari. Apabila menyebut berkenaan sel baru, ia merangkumi seluruh bahagian tubuh seperti rambut, kulit dan kuku. Folat adalah bentuk vitamin yang wujud secara semula jadi dalam makanan, manakala asid folik secara khususnya merujuk pada bentuk vitamin ini yang dihasilkan secara sintetik.
Asid folik dapat ditemukan dalam berbagai makanan sayuran hijau, kacang-kacangan, biji-bijian, hati dan buah jeruk. Namun kadang-kadang, makanan juga tidak mencukupi untuk memenuhi dose asid folik terutama untuk ibu hamil atau dalam situasi tertentu. Oleh kerana itu, suplemen asid folik dalam bentuk pil atau kapsul sering disarankan bagi ibu hamil atau yang merancang untuk hamil.
Asid folik sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu untuk mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang di kenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NCD)2.
Kelebihan Asid Folik
Pertumbuhan Sel dan DNA.
Asid folik memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pemeliharaan DNA serta membantu zat besi untuk berfungsi dengan baik di dalam tubuh. Ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sel yang sihat.
Pencegahan Kecacatan Saraf Tunjang Bayi.
Asid folik telah terbukti dapat mencegah kecacatan saraf tunjang pada janin seperti spina bifida. Kecacatan ini terjadi ketika saraf tunjang yang berkembang tidak menutup sepenuhnya. Konsisten mengamalkan asid folik sebelum (merancang kehamilan) dan selama kehamilan dapat membantu mengurangi risiko kecacatan saraf tunjang pada janin.
Penghasilan Sel Darah Merah.
Asid folik berperanan dalam penghasilan sel darah merah yang sihat. Sel darah merah bertanggungjawab untuk menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia, di mana keadaan tubuh tidak memiliki jumlah sel darah merah yang cukup. Selain anemia, mengamalkan asid folik secara rutin dapat mencegah masalah gangguan jantung dan stroke.
Kelebihan dan fungsi asid folik semasa hamil mendapatkan asid folik yang secukupnya sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi daripada pelbagai faktor kesihatan seperti bibir sumbing, kelahiran bayi pra matang, bayi kurang berat dan juga keguguran.
Asid Folik adalah nutrisi penting yang berperanan dalam berbagai fungsi tubuh termasuk DNA, produksi sel darah merah, fungsi saraf dan perlindungan kardiovaskular. Penting untuk memastikan pengambilan asid folik yang cukup melalui makanan yang seimbang dan jika diperlukan boleh minta doktor sarankan pada ibu-ibu suplemen asid folik dalam bentuk pil atau kapsul. Selalu dapatkan konsultasi doktor mengenai keperluan spesifik pengambilan asid folik anda.
Risiko Pada Bayi dan Ibu Hamil Jika Kekurangan Asid Folik
Kekurangan pengambilan asid folik ketika hamil boleh meningkatkan risiko kecacatan NCD. Ia adalah kecacatan kelahiran yang melibatkan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang tidak lengkap.
Risiko Kecacatan Saraf Tunjang Bayi.
Kekurangan asid folik pada awal kehamilan dapat meningkatkan risiko terjadinya kecacatan pada saraf tunjang bayi seperti spina bifida. Kecacatan ini terjadi ketika saraf tunjang yang berkembang tidak menutup sepenuhnya. Suplemen asid folik sebelum kehamilan (merancang) atau semasa kehamilan sangat disarankan sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang bayi.
Risiko Pertumbuhan Janin Terbantut.
Asid folik memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan asid folik dapat menyebabkan pertumbuhan janin terbantut dan lahir dengan berat yang ringan. Bayi dengan berat yang ringan, kecil mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan, masalah pernafasan dan pertumbuhan serta perkembangan yang terbantut.
Risiko gangguan neurologi pada bayi.
Kekurangan asid folik selama kehamilan juga dapat meningkatkan risiko bayi mengalami ganggu neurologi, termasuk masalah perkembangan mental. Asid folik diperlukan untuk pembentukan sel saraf yang sihat dan memastikan saraf berfungsi dengan baik. Kekurangan asid folik dapat memberi kesan negatif pada sistem perkembangan saraf janin.
Manakala kesan untuk ibu yang hamil, kekurangan asid folik dapat menyebabkan anemia. Anemia dapat dikenalpasti dengan kekurangan sel darah merah dalam tubuh dan dapat menyebabkan kelelahan, kelemahan dan penurunan daya ketahanan tubuh. Jika anemia tidak dapat diubati, ianya akan memberi kesan pada kesihatan dan perkembangan janin.
Penting untuk memastikan para ibu hamil mengambil asid folik secukupnya selama kehamilan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Berapa Banyak Sebenarnya Asid Folik Diperlukan?
Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400-800 mikrogram setiap hari. Asid folik sangat penting selama awal kehamilan untuk mencegah kecacatan saraf tunjang bayi.
Manakala bagi yang merancang untuk hamil, disarankan agar mula mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari setidaknya satu bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya selama trimester pertama kehamilan.
Ya memang benar, asid folik adalah sangat penting buat kehamilan tidak kira buat wanita yang ingin hamil mahupun wanita yang sedang hamil.
Kesimpulan
Vitamin asid folik memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan awal janin selama trimester pertama kehamilan. Jangan lupa untuk mengambil vitamin asid folik sebelum (merancang) dan pada tahap awal kehamilan. Ianya amatlah di sarankan bagi mencegah kecacatan saraf tunjang bayi serta memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat bagi janin.
Jika anda disahkan hamil, segera berhubung dan berbincang dengan pakar diet anda untuk mula mengamalkan pemakanan atau suplemen yang mengandungi asid folik. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecacatan pada janin terutamanya pada trimester pertama kehamilan anda.
0 Comments