Ujian H. pylori
Helicobacter pylori (H. pylori) adalah sejenis bakteria yang hidup dalam perut dan juga bahagian di usus kecil. Ia boleh menyebabkan ulcer perut, gastritis dan juga meningkatkan risiko kanser perut sebanyak 6 kali ganda!
Apa itu H. pylori?
Sejenis bakteria yang hidup di lapisan mukosa perut. H. pylori melemahkan lapisan mukosa perut dan menyebabkan asid perut dapat menembusi lapisan dinding perut.
Dari mana datang H. pylori?
Saintis tidak pasti bagaimana manusia dijangkiti bakteria H. pylori ini. Bakteria ini mungkin merebak dari manusia ke manusia menerusi muntah, najis atau air liur orang yang dijangkiti . Bakteria ini juga boleh merebak menerusi makanan dan minumun yang tercemar.
Siapa yang perlu buat ujian H pylori?
Jika anda pernah mengalami gejala gastritis atau ulcer, anda amat disarankan melakukan ujian H. pylori ini. Kebiasaannya, gastritis atau ulcer disebabkan oleh bakteria ini.
Kerap sakit perut atau gastritis
Bloating (Kembung perut atau sebu)
Kerap sendawa (burping)
Kurang selera makan atau turun berat badan
Loya atau muntah
Rasa kenyang terlalu cepat
Ujian Mengesan H. pylori
(Urea Breath Test)
Untuk mengesan H. pylori anda boleh melakukan urea breath test. Ujian ini amat mudah untuk dilakukan. Keputusan dapat dalam tempoh 24 jam.
1
Anda akan diberi beg. Anda akan diminta menghembus nafas anda ke dalam beg tersebut.
2
Anda kemudian perlu makan pil atau cecair yang mengandungi urea. Urea ini mengandungi atom carbon yang istimewa.
3
Selepas beberapa minit, anda akan diberi beg kedua. Anda akan diminta untuk menghembus nafas anda ke dalam beg ini
4
Kedua-dua beg ini akan dihantar ke makmal untuk diproses. Keputusan biasanya dapat dalam tempoh 24 jam
Persediaan sebelum melakukan ujian mengesan H. pylori
Berhenti ambil antibiotik 14 hari sebelum ujian
Berhenti ambil probiotik 14 hari sebelum ujian
Berhenti ambil ubat 'gastrik' 14 hari sebelum ujian
Contoh: Omeprazole, esomeprazole, lansoprazole, pantoprazole. Jika hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Berhenti ambil yang mengandungi BISMUTH 14 hari sebelum ujian
Contoh seperti pepto-bismol, kaopectate dll. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jangan makan/ minum sekurangnya 2 jam sebelum ujian
Jangan hisap rokok atau kunyah chewing gum 2 jam sebelum ujian
Soalan lazim yang kerap ditanya
Kenapa saya perlu buat ujian H. pylori?
Ujian ini dapat mengesan bakteria Helicobacter pylori. Bakteria ini menyebabkan gastritis, ulcer dan juga kanser perut.
Berapa lama ujian H. pylori ini?
Ujian ini mengambil masa kurang 30 minit.
Berapa kos ujian ini?
Harga untuk ujian ini RM 170.
Apa langkah seterusnya jika doktor jumpa bakteria H pylori ini?
Doktor kami akan memberi rawatan antibiotik untuk menghapuskan bakteria ini.
Video kaedah ujian H pylori dilakukan
Lakukan ujian H. pylori
Jangan tunggu hingga mudarat. Segera periksa dan rawat H. pylori