Mencapai berat badan ideal dengan bantuan ubat Contrave
Ubat ini membantu anda untuk kurangkan rasa lapar dan rasa mengidam (cravings)
Bukan tak mahu kurus. Tapi tidak dapat kawal nafsu makan. Asyik tewas dengan cravings
Jika anda jenis yang susah mahu jaga makan sebab asyik nak makan dan makan dan makan, ubat Contrave ini mungkin untuk anda.
Kadang-kadang makan bukan sebab lapar. Tapi anda makan sebab stress. Anda makan sebab rasa best dan selesa selepas makan. Jika anda rasa anda susah turunkan berat badan sebab asyik makan tanpa sebab. Anda mungkin perlukan ubat Contrave ini.
Obesiti dan impak kepada kesihatan
Jika anda mahu skip baca bahagian ini pun tidak mengapa kerana semua orang tahu obesiti ada impak besar terhadap kesihatan. Jika anda nak baca pun tiada masalah. Memang banyak masalah kesihatan boleh timbul jika anda obes!
Kencing manis (diabetes mellitus)
Kolesterol tinggi (dyslipidaemia)
Penyakit jantung koronari
Masalah tidur (sleep apnoea)
Penyakit metabolik (metabolic syndrome)
Stroke (cerebrovascular disease)
Tekanan darah tinggi (hypertension)
Penyakit hepatobiliary seperti fatty liver disease dan batu hempedu
Terkucil (stress urinary incontinence)
Gout dan arthritis lain
Kemandulan (infertility)
Kegagalan jantung (heart failure)
Penyakit buah pinggang
Dementia
Kanser
Apa itu Contrave?
Contrave adalah ubat jenis tablet yang diluluskan untuk mengurangkan berat badan.
Kandungan ubat ini diformulasi khusus untuk mengurangkan rasa lapar dan mengurangkan cravings dan selera makan anda
Ubat Contrave membantu anda turun berat dengan mengurangkan rasa lapar dan mengurangkan cravings anda
Mengawal cravings anda
Cravings berlaku apabila otak menghantar isyarat yang menyebabkan anda teringin atau mengidam mahu makan sesuatu makanan WALAUPUN sebenarnya anda tidak lapar.
Contrave membantu mengawal isyarat cravings ini di bahagian otak.
Mengurangkan rasa lapar
Rasa lapar berlaku apabila otak menghantar isyarat yang badan memerlukan nutrisi dan apa-apa jenis makanan pun dapat menghilangkan kelaparan.
Contrave membantu mengawal isyarat rasa lapar ini di bahagian otak. Jadi anda akan rasa kenyang lebih lama.
Selamatkah ubat Contrave ini?
Secara umumnya, ubat ini sudah mendapat kelulusan dari The United States Food and Drug Administration (FDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan sebagai ubat anti-obesiti
Ubat Contrave ini adalah ubat berdaftar dan terkawal dan hanya boleh diberi oleh doktor bertauliah sahaja.
Sebelum doktor memberi ubat ini, doktor akan memastikan anda tiada risiko-risiko lain.
Siapa yang paling sesuai ambil ubat Contrave ini?
Ubat Contrave membantu anda yang mempunyai masalah dengan emotional eating. Emotional eating bermaksud anda makan apabila beremosi seperti sedang stress ataupun sedang gembira.
Jika anda jenis yang makan apabila stress, anda mungkin akan mendapat manfaat dari ubat ini. Ubat ini akan mengurangkan isyarat di bahagian otak dan menyebabkan anda berasa tidak lapar dan mengawal nafsu makan (cravings) anda!
Mereka yang ambil Contrave, hilang lebih berat sehingga 2 hingga 4 kali ganda !
Kajian klinikal mendapati mereka yang mengambil ubat Contrave berserta diet dan senaman, hilang berat badan 2 hingga 5 kali ganda lebih berbanding mereka yang hanya lakukan diet dan senaman sahaja.
Berapa biji ubat Contrave saya perlu ambil?
Ubat ini perlu dimakan mengikut dos yang doktor tetapkan bergantung kepada kondisi anda.
Jadual ini menunjukkan dos yang biasanya doktor sarankan untuk anda ikut.
Anda dapat lihat, dosnya semakin meningkat setiap minggu. Pada minggu ke-4 dan seterusnya, anda akan makan 2 biji tablet pada waktu siang dan 2 biji tablet lagi pada waktu malam. Itu adalah dos maintenance dan juga dos maksima untuk ubat ini.
Peningkatan dos secara berperingkat dapat mengurangkan kesan sampingan seperti loya dan mual.
Apa kesan sampingan Contrave?
Setiap individu adalah berbeza. Walaubagaimanapun ini adalah antara kesan sampingan yang kerap terjadi.
Kebiasaannya, simptom atau gejala yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti loya, sembelit dll bersifat sementara dan hilang dalam 2 – 4 minggu.
Soalan lazim yang kerap ditanya
Apa sebenarnya itu Contrave?
Contrave adalah ubat berdaftar bentuk tablet makan yang diberi kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan untuk membantu mereka menurunkan berat badan. Contrave mengandungi naltrexone HCl/bupropion HCl. Contrave perlu digunakan dengan diet dan senaman untuk kesan optima.
Apa kandungan Contrave?
Contrave mengandungi gabungan naltrexone and bupropion. Naltrexone dan bupropion sudah digunakan lebih 30 tahun. Gabungan 2 bahan ini dapat mengurangkan selera makan (cravings) dan menghilangkan rasa lapar.
Bagaimana Contrave berfungsi?
Bagaimana Contrave dapat mengurangkan berat badan tidak difahami sepenuhnya. Walaubagaimanapun, Contrave dipercayai bertindak di 2 bahagian otak iaitu otak hipotalamus (pusat rasa lapar – hunger center) dan juga otak sistem mesolimbic (bahagian yang kawal cravings).
Siapa patut ambil ubat Contrave?
CONTRAVE diluluskan untuk digunakan oleh individu dewasa yang mempunyai body mass index (BMI) lebih 30 kg/m2 (obes) atau mereka yang mempunyai BMI 27 kg/m2 (overweight) dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 kondisi yang disebabkan oleh berat badan berlebihan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi.
Bagaimana mahu makan ubat Contrave?
- Ikut dos yang doktor sudah tetapkan
- Telan terus sebiji tablet Contrave. Jangan potong, kunyah atau hancurkan ubat Contrave
- Jangan makan lebih dari 2 biji ubat Contrave di sebelah pagi dan lebih dari 2 biji di sebelah malam
- Jangan makan ubat Contrave dengan makanan berlemak tinggi. Risiko terjadi sawan akan meningkat
- Jika terlepas dos anda, hanya perlu tunggu masa untuk dos seterusnya. Jangan makan dos yang anda tertinggal.
Siapa yang tidak disarankan mengambil Contrave?
Mereka yang mempunyai kondisi ini tidak disarankan untuk mngambil Contrave:
- Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
- Ada sejarah sawan
- Menggunakan ubat yang mengandungi bupropion
- Ada atau pernah ada penyakit anorexia atau bulimia
- Mereka yang bergantung kepada opiod
- Mereka yang alah kepada kandungan naltrexone atau bupropion
Dapatkan konsultasi sebelum memulakan ubat Contrave
Biar kami bantu anda capai berat badan ideal anda
Dapatkan konsultasi doktor mengenai Contrave