Persediaan Bakal Ibu Ayah Menyambut Kelahiran Si Manja
Kelas Fizikal Antenatal
26 Nov 2022 (Sabtu), 10am -1230pm
Mengenai Kelas Antenatal Uzma
Kami juga ibubapa seperti anda. Cumanya, ketika itu, tidak banyak kelas antenatal. Jadi kami terpaksa belajar sendiri cara menguruskan diri dan anak kecil kami. Tidak dinafikan, menjaga anak kecil ada cabaran tersendiri. Jadi pada kelas ini kami akan kongsikan tips dan panduan untuk ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata buat pertama kalinya. Kami kongsikan supaya perjalanan ini mudah dan terurus untuk anda dan pasangan.
Senaman Antenatal
Ibu hamil perlu senaman yang cukup untuk kesihatan ibu dan kandungan. Fisioterapis senior kami akan menunjukkan senaman-senaman penting untuk ibu hamil. Senaman ini dapat membantu ibu hamil
- Mengurangkan sakit belakang
- Mengurangkan sembelit
- Mengurangkan risiko preeclampsia dan kelahiran caesarean
- Membantu menguatkan kecergasan dan menguatkan jantung dan salur darah
- Membantu anda kembali kepada berat asal selepas kelahiran
Tangisan: Fakta & Solusi
Isu tangisan anak buat ramai ibubapa tertekan, kurang rehat dan tak gembira. Malah ada yang sudah serik tidak mahu hamil lagi.
Konsultan Tangisan Bayi, Puan Uswatun kaedah mendengar tangisan bayi dan mengurangkan tangisan bayi. Sudah ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsian oleh konsultan tangisan bayi ini termasuk artis Malaysia Neelofa, Jihan Muse dan ramai ibu bapa lain. Amat berbaloi !
Pengurusan uri dan Tanggungjawab Bapa
Encik Khidir akan berkongsi kaedah menguruskan uri yang dibawa pulang dari dewan bersalin. Tanggungjawab suami bukan setakat itu sahaja. Encik Khidir akan berkongsi bagaimana menguruskan isteri yang berpantang dan juga apa yang perlu si suami lakukan semasa proses kelahiran tersebut sendiri.
Bukan itu sahaja semasa sesi ini, bapa dan ibu akan terus praktikal menyalin lampin bayi. Jadi nanti kedua-dua orang boleh tukar lampin bayi kelak !
Jaundis dan Imunisasi Bayi
Kekuningan pada bayi baru lahir sering berlaku. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan. Jadi amat penting untuk ibu bapa tahu menguruskan bayi yang kuning.
Selain itu, Dr Sarah juga akan berkongsi vaksin-vaksin wajib dan tambahan yang perlu diberi kepada si manja anda.
Teknik Penyusuan Badan
Dr Sakina Hussin merupakan doktor dan juga ibu kepada 4 cahaya mata. Keempat-empat anak beliau diberi susu badan eksklusif.
Beliau amat arif mengenai teknik untuk menyusukan anak. Semasa perkongsian ini, beliau akan berkongsi teknik menyusu badan, bagaimana mahu hasilkan susu yang banyak, bagaimana mahu susukan anak walaupun ibu bekerja dan cara menyimpanan susu badan.
Pengurusan sakit ketika bersalin
Sakit ketika bersalin boleh dikawal dan dikurangkan menggunakan beberapa teknik. Apabila sakit dapat dikawal, kelahiran akan menjadi lebih mudah dan kurang komplikasi.
Dr Faizah akan menunjukkan kaedah meneran yang betul, psikologi dan mental ibu semasa proses kelahiran dan apa yang perlu expect semasa di dewan bersalin. Jika ada apa-apa yang anda mahu tanya, boleh terus sahaja tanya beliau.
Barisan penceramah dan juga trainer
Inilah sebahagian daripada barisan penceramah dan trainer kami untuk kelas antenatal ini. Kami akan menambahbaik program ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Puan Uswatun Hasanah
Konsultan Tangisan Bayi
Dr Sarah Wong Azman
Doktor Perubatan
Dr Faizah Abu Bakar
Doktor Perubatan
Dr Sakina Hussin
Doktor Perubatan
Dr Adilah Zarin
Doktor Perubatan
Raja Nazatul Hafizah
Fisioterapis Senior
Khidir Musa
Finance Manager
Bagaimana Mahu Mendaftar
Kelas ini terhad kepada 10 pasangan sahaja. Yuran pendaftaran cuma RM 80 untuk setiap pasangan.
Untuk mendaftar, mohon Whatsapp kami di 0109863198 atau klik butang dibawah
Daftar sekarang
Hanya untuk 10 pasangan sahaja. Pendaftaran akan ditutup selepas itu.
Lokasi Kelas
31N-03, Kelana Mall,
Jalan SS 6/12, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tingkat 3 bangunan Klinik Uzma Kelana Mall. Sebelah Giant Kelana Jaya dan Lincoln University College.