Rawatan sakit lutut dengan suntikan gel lutut dan PRP.
Sakit lutut ketika menaiki tangga? Aktiviti harian menjadi terhad? Bergantung kepada ubat tahan sakit? Terpaksa solat atas kerusi?
Suntikan gel lutut dan PRP mungkin berkesan untuk anda!
Sebab biasa sakit lutut adalah osteoartritis
Antara sebab utama sakit lutut adalah osteoartritis (OA). Rawan dan cecair lutut pesakit OA akan menipis dan berkurangan. Akibat dari ini, tulang sendi lutut akan bergesel dan menyebabkan kesakitan, keradangan dan kekakuan.
Doktor perlu bertanya sejarah perubatan dan memeriksa sendi lutut anda untuk tahu punca sakit lutut. Apabila perlu X ray akan dilakukan.
Suntikan gel lutut dan PRP boleh merawat sakit lutut akibat OA
Gel lutut hyaluronic acid (HA) dan cecair PRP akan disuntik ke dalam sendi lutut. Gel lutut HA berfungsi untuk melincirkan sendi lutut, mengurangkan kesakitan lutut dan meningkatkan fungsi serta pergerakan lutut. Cecair PRP berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dan meransang pemulihan sendi lutut.
Harga suntikan gel lutut dan PRP
Bagaimana prosedur suntikan lutut dilakukan?
1
Doktor akan jumpa dan periksa keadaan lutut anda.
2
Kebiasaannya, X ray lutut anda akan dilakukan supaya doktor dapat menilai tahap osteroarthritis (OA) anda. X ray ini juga boleh menjadi rujukan untuk masa hadapan.
3
Darah anda akan diambil dan diproses untuk mengasingkan komponen darah yang kaya dengan faktor penyembuhan. Proses penyediaan cecair PRP mengambil masa dalam 40-90 minit.
4
Apabila cecair PRP sudah siap diproses, pesakit akan baring diatas katil.
5
Doktor akan membersihkan kawasan lutut menggunakan cecair antiseptik supaya bebas kuman.
6
Doktor kemudian memberikan bius setempat di kawasan lutut anda supaya prosedur selesa dan tidak sakit.
7
Cecair PRP dan gel lutut HA akan disuntik ke dalam sendi lutut dalam keadaan yang bersih dan steril.
8
Rawatan fisioterapi asas akan diberikan selepas tamat prosedur suntikan lutut.
9
Pesakit boleh pulang. Anda dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti berat 3-5 hari selepas prosedur tamat.
Soalan lazim yang kerap ditanya
Sakit atau tidak semasa suntik lutut?
Sebelum prosedur, doktor akan memberi suntikan bius setempat dikawasan lutut. Sepatutnya prosedur ini tidak menyakitkan.
Berapa lama prosedur suntikan lutut ini?
Prosedur suntikan lutut itu sendiri sekejap sahaja. Anggaran 15-20 minit. Proses yang sedikit lama adalah proses penyediaan cecair PRP dari darah pesakit. Anggaran 40-90 minit.
Doktor mana yang akan buat prosedur ini?
Prosedur ini akan dilakukan oleh doktor residen kami. Mereka sudah banyak kali melakukan prosedur ini.
Ada terjamin lutut saya tidak akan sakit selepas suntikan lutut?
Rata-rata pesakit yang melakukan prosedur ini berpuas hati. Mereka dapati sakit lutut berkurangan, lutut dapat digerakkan dengan lebih bagus dan kurang rasa kaku. Walaubagaimanapun, keberkesanan bergantung kepada individu. Keputusan mungkin berbeza.
Ada doktor wanita untuk lakukan prosedur ini?
Ada. Majoriti doktor kami adalah doktor wanita.
Berapa kerap perlu cucuk gel lutut?
Setiap kes adalah berbeza. Mengikut data kami, Pesakit datang semula untuk tambah semula (top-up) gel lutut selepas 1-2 tahun. Selepas suntikan lutut, mereka dapati lutut mereka lebih selesa.
Testimoni rawatan sakit lutut
Dapatkan rawatan lutut.
Jangan tunggu hingga parah.