Genicular Nerve Block: Rawatan Sakit Lutut Pantas & Moden

Genicular nerve block atau bius saraf lutut merupakan kaedah terkini dan moden dalam rawatan lutut. Suntikan ini memberikan kelegaan serta-merta kepada pesakit tanap perlu pembedahan dan kos yang tinggi!

Bius saraf lutut

Apa Itu Genicular Nerve Block?

Genicular Nerve Block adalah suntikan steroid & ubat tahan sakit yang bertindak sebagai bius saraf lutut.

Rawatan ini menyasarkan saraf-saraf kecil di sekitar lutut (dipanggil genicular nerves) yang bertanggungjawab menghantar isyarat kesakitan ke otak. Dengan menyekat isyarat ini, pesakit akan mengalami kelegaan serta-merta dari sakit lutut yang kronik. Doktor akan suntik cecair ini pada beberapa poin sekitar saraf lutut.

Saraf sendi lutut

Individu yang sesuai

suntikan genicular nerve block

Suntikan genicular nerve block ini sesuai untuk:

  • Pesakit lutut berumur 40 tahun ke atas
  • Pesakit sakit lutut gred 3 & 4
  • Mereka yang tidak mahu menjalani pembedahan lutut
  • Pesakit yang ingin kelegaan cepat untuk aktiviti harian atau melancong
  • Pesakit yang sedang buat fisioterapi dan ingin kurangkan rasa sakit
Individu sesuai mendapatkan genicular nerve block

Manfaat Suntikan Genicular Nerve Block

Suntikan genicular block bukan sekadar mengurangkan kesakitan, tetapi juga bantu meningkatkan fungsi lutut:

✅ Memberi kelegaan serta-merta dalam masa 15–30 minit
✅ Tempoh kesan antara 3 hingga 6 bulan
✅ Sesuai sebagai alternatif pembedahan lutut
90% pesakit melaporkan pengurangan sakit selepas seminggu
✅ Boleh dilakukan dalam masa 30 minit sahaja

Harga Rawatan Genicular Nerve Block

Klinik Uzma menawarkan harga yang berpatutan untuk rawatan ini:

  • 1 lutut: RM 499
  • 2 lutut: RM 850

Harga mungkin berbeza bergantung kepada jenis suntikan steroid lutut dan mesin yang digunakan. Kami menggunakan kaedah moden dan doktor berpengalaman untuk hasil terbaik.

Kos rawatan suntikan genicular nerve block

Kelebihan Suntikan Genicular Nerve Block

Berbanding dengan suntikan lain, genicular nerve block menjadi pilihan kerana keberkesanan pantas selepas suntikan. 

Suntikan genicular nerve blok

Prosedur rawatan

1

2

3

4

5

6

Pesakit akan mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu. Pesakit akan lakukan Xray lutut jika perlu.

Berdasarkan Xray, dan gred lutut, doktor akan mencadangkan rawatan yang sesuai. Jika pesakit bersetuju dengan rawatan tersebut, prosedur boleh dimulakan.

Doktor akan bersihkan kawasan lutut dengan cecair antiseptik dan menggunakan peralatan steril. Bius juga akan diberikan sebelum rawatan dimulakan

Doktor akan suntik cecair steroid di sekitar saraf lutut. Rawatan mengambil masa 15-30 minit sahaja.

Doktor akan menggunakan Transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS) untuk melegakan sakit lutut.

Rawatan selesai.

Rawatan sakit lutut- suntikan genicular nerve block

Mengapa Rawatan ini Popular di Klinik Uzma?

Terbukti secara klinikal

Kajian menunjukkan suntikan Genicular Nerve Block bermanfaat untuk mengurangkan sakit lutut

Terbukti mengurangkan simptom sakit lutut

Suntikan Genicular Nerve Block  berpotensi mengurangkan simptom sakit lutut seperti keradangan & sendi lutut daripada mengeras

Lebih jimat jangka panjang

Rawatan ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan ke hospital

Hampir tiada kesan sampingan

Suntikan Genicular Nerve Block sangat selamat dan hampir tiada kesan sampingan yang kronik. Hanya kemerahan sedikit sahaja yang akan hilang dalam masa beberapa hari di kawasan bekas suntikan.

Disarankan oleh Pakar Tulang

Rawatan ini sangat disarankan oleh Pakar Tulang untuk mengurangan sakit lutut secara berkesan

Soalan lazim sering ditanya

Adakah suntikan ini menyakitkan?

Tidak sakit. Sebelum rawatan, doktor akan suntik bius lokal setempat pada poin saraf sekitar lutut.Pesakit mungkin akan rasa kurang selesa saja semasa rawatan.

Berapa lama kesan suntikan bertahan?

Mengikut kajian, suntikan bertahan selama 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada gred osteoarthritis pesakit. 

Jika saya tidak mahu lakukan pembedahan, boleh ke saya buat suntikan ini?

Boleh! Dokor Pakar Tulang menyarankan pesakit lutut untuk rawatan ini bagi kelegaan sementara.

Adakah suntikan ini boleh digabung dengan suntikan gel lutut hyaluronik asid?

Boleh! Suntikan genicular nerve block & gel HA boleh dilakukan pada sesi yang sama. Ini kerana, kawasan suntikan adalah berbeza dan mempunyai manfaat yang tersendiri.

Jom legakan sakit lutut di sini!

Slot terhad. Set temujanji anda sekarang!

CALL KAMI