Rawatan Mati Pucuk: Extracorporreal Shockwave Therapy
Stress sebab masalah mati pucuk?
Teringin nak cuba shockwave therapy?
Anda berada di tempat yang betul!
Baca sehingga habis untuk info penuh sebelum anda mencuba rawatan ini!
Faktor Punca Mati Pucuk
Masalah mati pucuk boleh berpunca daripada pelbagai faktor, terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan. Ia berlaku apabila aliran darah ke bahagian alat sulit menjadi tidak lancar atau tersumbat. Keadaan ini mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan ereksi yang sempurna. Sekalipun ereksi berlaku, ia selalunya tidak bertahan lama dan menjejaskan hubungan intim.
Faktor Kesihatan
Risiko untuk mengalami mati pucuk meningkat sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit berikut. Kondisi kesihatan ini boleh menjejaskan fungsi saluran darah, termasuk aliran darah ke alat sulit, sekali gus menjejaskan kemampuan ereksi.
-
Penyakit jantung
-
Penyakit buah pinggang
-
Kencing manis (diabetes)
-
Tekanan darah tinggi (hipertensi)
-
Pengambilan ubat pencair darah
-
Penggunaan alat pacemaker
- Obesiti
Masalah Gaya Hidup
Antara gaya hidup tidak sihat yang boleh meningkatkan risiko mati pucuk ialah:
- Merokok
- Pemakanan tak sihat
- Kurang aktiviti fizikal
- Pengambilan alkohol berlebihan
Masalah Psikologi
Masalah psikologi boleh mengganggu isyarat antara otak dan badan, seterusnya menjejaskan fungsi seksual lelaki.
Antara isu psikologi yang sering dikaitkan dengan mati pucuk termasuk:
-
Tekanan (stress) berpanjangan
-
Kemurungan (depression)
-
Keresahan (anxiety)
-
Gangguan kesihatan mental lain
Simptom-Simptom Mati Pucuk
Simptom-simptom mati pucuk biasanya dapat dikenal pasti ketika melakukan hubungan intim. Ia boleh berlaku secara berterusan atau sesekali, namun tetap memberi kesan kepada keyakinan diri dan keharmonian hubungan.
Periksa Tahap Kekerasan Zakar Lelaki
Nak tahu anda mengalami masalah mati pucuk tahap berapa? Anda boleh periksa keadaan alat sulit semasa melakukan hubungan intim.
Jika anda berada di Gred 1 hingga Gred 3, kami sarankan anda cuba Terapi Extracorporreal Shockwave (ESWT) sebagai salah satu ikhtiar yang selamat dan berkesan.
Extracorporeal Shockwave Therapy (ESWT) Rawatan Mati Pucuk Lelaki
Extracorporeal Shockwave Therapy (ESWT) adalah salah satu kaedah rawatan yang berkesan untuk mengurangkan masalah lemah batin/mati pucuk (erectile dysfunction)
ESWT menggunakan gelombang bertekanan tinggi (shockwave) ke dalam tisu zakar yang mampu meransang pengaliran darah & membantu membentuk saluran darah baru pada zakar bagi meningkatkan tahap ketegangan zakar.
Mesin Terapi Extracorporreal Shockwave (ESWT)
Klinik Uzma menggunakan mesin jenama BTL UK, buatan Eropah. Probe berbentuk ‘U-shape’ direka khas untuk alat sulit lelaki, bagi memastikan terapi shockwave lebih fokus dan berkesan pada kawasan titik sasaran.
Bagaimana Rawatan ESWT Berkesan Untuk Mati Pucuk?
Rawatan ESWT menggunakan proses angiogenesis di mana setiap pancaran shockwave yang disalurkan, akan menghasilkan mikrotrauma kepada sel tisu zakar.
Hasilnya, ia akan mencetuskan tindak balas penyembuhan badan untuk meransang pembentukan salur darah baru & memperbaiki aliran darah ke zakar anda.
Menariknya, proses angiogenesis masih berlaku secara berterusan walaupun selepas satu (1) sesi sahaja.
Mengikut protokol rawatan, pesakit memerlukan sekurang-kurangnya 4-6 sesi rawatan untuk keberkesanan yang optimum dan perubahan pada ereksi.
Bagaimana Rawatan Ini Dilakukan?
Tiada persediaan tertentu untuk pesakit kecuali kemaskan bulu zakar. Anda hanya perlu hadir bagi menjalani terapi tersebut. Terapi akan dilakukan oleh staff profesional.
- Pesakit perlu baring secara terlentang di atas katil
- Terapis atau pegawai perubatan akan memegang tranduser shockwave di bahagian zakar
- Rawatan mengambil masa 15-20 minit sahaja
- Rawatan tidak sakit. Hanya rasa kesemutan atau ‘tingling sensation’
- Tempoh rawatan memadai mengikut protokol rawatan 15-20 minit dengan lebih kurang 1500-3000 pancaran shockwave dipancar ke arah zakar
- Pesakit boleh terus meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Kos rawatan mati pucuk
Harga rawatan di pasaran biasanya berbeza mengikut jenis mesin dan jumlah shocks yang diberikan. Di Klinik Uzma, kami tawarkan harga promosi untuk sesi percubaan pertama pada hanya RM470 (harga biasa RM800). Sangat sesuai jika anda ingin mencuba dulu!
Konsultasi perubatan disarankan pada sesi pertama bagi tujuan rekod dan penilaian kesihatan. Caj tambahan sebanyak RM50 dikenakan untuk sesi konsultasi.
Kami menggalakkan anda untuk mencuba terlebih dahulu sesi percubaan pertama ini. Sekiranya rawatan dirasakan sesuai dan berkesan, anda boleh mempertimbangkan untuk meneruskan sesi seterusnya dengan pakej harga yang lebih berpatutan.
Mengapa Pilih Rawatan ESWT
Terbukti secara klinikal
Kajian menunjukkan terapi extracorporreal shockwave membantu mengurangkan masalah mati pucuk
Terbukti mengurangkan simptom mati pucuk
Rawatan ESWT berpotensi mengurangkan simptom mati pucuk seperti tahap ereksi dan masalah morning wood
Merawat pelbagai masalah batin
Rawatan ini juga secara tidak langsung mengurangkan masalah pancut awal (premature ejaculation)
Cepat, selamat dan tidak sakit
Rawatan ESWT tiada kesan sampingan, cepat dan selamat untuk setiap pesakit. Tiada kesan sakit dilaporkan untuk penggunaan kaedah ini
Tiada downtime
Pesakit boleh sambung melakukan aktiviti harian seperti biasa
Soalan lazim yang kerap ditanya
Berapa sesi diperlukan?
Mengikut protokol rawatan, sebaiknya 4-6 kali sesi untuk kesan yang optimum. Keberkesanan bergantung kepada individu dan faktor kesihatan yang dihidapi.
Apakah rawatan ini sesuai untuk warga emas?
Ya. Rawatan ini sesuai untuk warga emas. Namun begitu, doktor akan menjalankan sesi konsultasi terlebih dahulu untuk menilai tahap kesihatan dan sebarang risiko sebelum memulakan terapi
Adakah satu kali sesi sudah nampak hasil?
Kesan rawatan boleh dirasai seawal satu minggu selepas sesi pertama. Namun begitu, hasil berbeza bagi setiap individu. Bagi mereka yang mengalami masalah mati pucuk lebih lama, beberapa sesi mungkin diperlukan untuk melihat perubahan yang lebih ketara.
Doktor lelaki ke yang buat terapi?
Ya. Terapi ESWT hanya dikendalikan oleh doktor lelaki dan dibantu oleh pegawai perubatan lelaki. Privasi dan keselesaan anda adalah keutamaan kami di Klinik Uzma
Kalau tiada hasil, bolehkah saya dapat semula wang?
Tiada jaminan pulangan wang kerana keberkesanan rawatan berbeza bagi setiap individu. Walau bagaimanapun, doktor akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai jangkaan hasil semasa sesi konsultasi.”
Jangan malu. Jom kami bantu!
Hangatkan kembali hubungan intim anda dengan terapi ESWT!