Imunisasi Jemaah Haji
Tahniah kerana anda terpilih untuk mengerjakan umrah dan haji!
Pun begitu, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berlepas ke Tanah Suci
Suntikan vaksin haji pula boleh diambil sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penerbangan.
Baca sehingga habis untuk ketahui suntikan wajib & tambahan haji yang anda perlu ambil
Vaksin Tambahan Haji Umrah
Vaksin Meningokokal- Wajib
Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW135) adalah vaksin yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk semua jemaah haji
- Manfaat: Mengurangkan risiko jangkitan dan radang selaput otak dan saraf tunjang
- Ketahanan: 5 tahun
- Punca jangkitan: Jangkitan virus, bakteria atau kulat melalui rembesan salur pernafasan dan salur tekak oleh individu yang dijangkiti
- Risiko: Risiko tinggi kepada pelancong untuk kawasan yang mempunyai wabak tinggi kes meningitis
- Golongan: Semua peringkat umur terutama ibu hamil dan individu dengan penyakit kronik
- Harga: RM 170/dos
Vaksin Pneumokokal- Tambahan
Untuk perlindungan berkesan, anda boleh mengambil suntikan Pneumokokal.
- Manfaat: Mengurangkan risiko jangkitan radang paru-paru, radang selaput otak (meningtis), radang telinga tengah (otitis media), jangkitan sinus (sinusitis), dan jangkitan dalam darah (sepsis)
- Punca jangkitan: Jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae yang dikenali sebagai Pneumokokus
- Risiko: Jangkitan boleh menyebabkan maut
- Harga: RM 150-275/dos
Vaksin Influenza- Tambahan
Untuk perlindungan berkesan, anda boleh mengambil suntikan Influenza.
- Manfaat: Mengurangkan risiko jangkitan radang pernafasan dan pneumonia
- Ketahanan: 1 tahun. Vaksin ini perlu diambil setiap tahun kerana strain virus berbeza.
- Punca jangkitan: Virus influenza jenis A, B dan C
- Risiko: Influenza berlaku sepanjang tahun di setiap negara
- Golongan: Semua peringkat umur terutama kanak-kanak, ibu hamil dan individu dengan penyakit kronik
- Harga: RM 90/dos
Walk in di Klinik Uzma hari ini
Klinik suntikan vaksin haji pilihan anda!