Rawatan sedut kahak anak
Kahak dan selsema ganggu makan dan minum anak?
Dapatkan rawatan sedut kahak dan fisioterapi dada.
Selsema dan kahak buat anak meragam!
Selesema dan kahak membuatkan anak meragam. Oleh kerana mereka masih kecil, mereka tidak dapat untuk mengeluarkan kahak dan selsema mereka sendiri seperti orang dewasa.
Akibat dari ini, mereka mudah meragam kerana sukar menyusu, nafas menjadi sukar, tidak dapat tidur lena dan mungkin menyebabkan jangkitan menjadi lebih lama dari sepatutnya.
Rawatan sedut kahak dan fisioterapi dada
Harga rawatan sedut kahak
RM 80. Harga tidak termasuk caj konsultasi doktor dan ubat-ubatan.
Soalan lazim yang kerap ditanya
Bila saya boleh bawa anak untuk rawatan sedut kahak?
Anda boleh bawa anak untuk rawatan sedut kahak mengikut jadual ini. Kekosongan bergantung kepada jadual fisioterapis.
Klinik Uzma Kelana Mall – Disarankan untuk janji temu. Whatsapp 0109863198
Klinik Uzma Elmina – Perlu janji temu terlebih dahulu. Whatsapp 01127818145
Berapa lama rawatan sedut kahak?
Bergantung kepada kes. Anggaran 20-40 minit.
Apa yang saya perlu lakukan sebelum buat rawatan ini?
Jangan beri anak makan atau minum sejam sebelum rawatan. Ini untuk mengelakkan anak muntah semasa sesi rawatan. Apabila anak muntah, mereka mungkin boleh tersedak dan menyebabkan aspiration pneumonia atau tercekik.
Apa patut saya tahu selepas habis rawatan ini?
Selepas rawatan sedut kahak dan fisioterapi dada, anak mungkin akan batuk lebih banyak dalam 1 – 2 jam selepas rawatan. Ini kerana kahak sudah longgar dan cair. Anak juga mungkin muntah selepas itu kerana mereka banyak menelan kahak tersebut. Sekiranya, anak bernafas laju atau tersedak, sila bawa anak terus ke hospital atau klinik berdekatan.
Dapatkan rawatan sedut kahak supaya anak cepat sihat!
Kahak yang banyak mungkin menyebabkan anak meragam dan menyukarkan pernafasan mereka.