PAP Smear
Saringan kesihatan serviks (PAP smear) merupakan ujian untuk memeriksa kesihatan serviks (pangkal rahim) anda. Ujian ini dapat mencegah kanser serviks.
Cepat, tidak sakit dan terbukti membantu mencegah kanser!
Apa itu PAP Smear?
PAP smear adalah saringan untuk mencegah kanser serviks. Ianya ditawarkan kepada semua wanita berusia 25 tahun hingga 65 tahun. Setiap orang yang mempunyai serviks amat di sarankan untuk menjalani saringan ini. Ia bukan ujian untuk mengesan kanser tetapi ia ujian yang berpotensi membantu mencegah kanser.
Periksa tahap kesihatan serviks
PAP smear dapat memeriksa tahap kesihatan serviks anda. Pap smear dapat mengesan sel serviks yang tidak sihat sebelum sel ini menjadi sel kanser.
Di sarankan kepada semua orang yang ada serviks
Semua wanita dan orang yang mempunyai serviks disarankan untuk menjalani ujian PAP smear bermula usia 25 tahun.
Tidak sakit
Ujian ini sepatutnya tidak menyakitkan. Ia mungkin sedikit tidak selesa sahaja.
Kenapa ujian PAP smear amat penting?
PAP smear dapat memeriksa tahap kesihatan serviks anda. Ia dapat mengesan sel yang tidak sihat (abnormal) sebelum sel ini menjadi sel kanser.
Berapa kerap perlu buat PAP smear?
Ini adalah saranan kekerapan melakukan PAP smear. Setiap kes adalah berbeza, jadi anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor.
Setiap 3 tahun
Semua wanita bermula usia 25 tahun dan pernah melalukan hubungan seks perlu melakukan PAP smear sekali setiap 3 tahun.
Setiap 5 tahun
Jika anda mahu melakukan saringan sekali setiap 5 tahun, anda perlu melakukan ujian PAP smear dan ujian HPV. Sekiranya keputusan kedua-dua ujian ini negatif, anda boleh melakukan saringan setiap 5 tahun
Bagaimana PAP Smear dilakukan?
1 - Baring atas katil
2 - Spekulum dimasukkan
3 - Sampel diambil
4 - Hantar makmal
5 - Dapat keputusan
Pesediaan sebelum melakukan PAP smear?
Lakukan PAP smear semasa haid kering
Sekiranya anda haid, elakkan dari melakukan PAP smear. Jika haid anda tidak berhenti, jumpa doktor segera.
Elak hubungan seks 24 jam sebelum ujian
Anda disarankan untuk tidak melakukan hubungan seks 24 jam sebelum PAP smear
Tidak memasukkan ubat dalam vagina
- Jangan meruang (douche) atau memasukkan ubat/ krim/ gel kedalam vagina sekurang-kurangnya 2 hari sebelum PAP smear.
Berapa harga PAP Smear?
PAP Smear (Kaedah konventional – guna spatula kayu): RM XXX
PAP Smear (Kaedah liquid cytology – guna berus khas): RM XXX
Analisis HPV(HPV Analysis): RM XXX
Soalan lazim yang kerap ditanya
Apa sebenarnya itu PAP smear?
PAP smear adalah singkatan nama Dr George Papanicolou. Ujian diperkenalkan oleh beliau bermula tahun 1940-an. Ujian PAP smear ini dapat mengesan sel serviks yang tidak sihat.
Berapa kerap saya perlu lakukan PAP smear?
Secara umumnya, PAP smear perlu dilakukan setiap 3 tahun untuk wanita berusia 25 tahun keatas yang pernah melakukan hubungan seks
Saya masih dara dan belum pernah lakukan hubungan seks, saya perlu buat PAP smear?
Sekiranya anda tidak pernah melakukan hubungan seks (oral/ vaginal/anal), keberangkalian untuk anda dapat jangkitan HPV adalah sangat rendah.
Walau bagaimanapun, ada faktor risiko kanser serviks lain seperti sejarah keluarga dan tabiat merokok. Berjumpalah dengan doktor untuk nasihat lanjut.
Jadi berbincanglah dengan doktor anda sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan.
Saya sudah buang uterus (total hysterectomy), saya perlu buat PAP smear?
Total hysterectomy merupakan pembedahan membuang buang rahim dan serviks. Ianya dilakukan atas pelbagai sebab perubatan. Sekiranya, anda menjalani pembedahan ini bukan untuk kanser, anda mungkin tidak perlu melakukan ujian PAP smear
Bolehkah saya lakukan PAP smear ketika hamil?
Secara umumnya boleh. Wanita hamil boleh melakukan PAP smear.
Ada berapa jenis PAP smear yang terdapat di pasaran?
Secara umumnya ada 2 jenis PAP smear.
1 – Conventional PAP smear. Doktor ambil sel serviks guna spatula kayu dan calit pada kepingan kaca.
2- Liquid cytology PAP Smear. Doktor ambil sel serviks guna berus cytobrush dan masukkan dalam larutan istimewa.
Jangan malu. Jangan segan.
Buat ujian PAP smear sekarang