Implanon

Kaedah merancang kehamilan yang popular kerana mudah, selamat dan berkesan!

Implanon Malaysia di Klinik Uzma

Memperkenalkan Implanon …

Rod plastik kecil sebesar batang mancis yang dipasang di lengan anda. Ia akan merembeskan hormon untuk mencegah >99% kehamilan. Selamat, mudah dan berkesan!

Implanon = kaedah merancang keluarga yang mudah dan berkesan!

Rod plastik yang berukuran 4 cm (1.6 inci) ini akan dimasukkan di bawah kulit lengan tangan anda. Rod ini apabila dipasang akan merembeskan hormon yang dapat mencegah kehamilan.

Bagaimana Implanon dapat mencegah kehamilan?

Implan bentuk rod ini akan merembeskan hormon progestin yang dapat mecegah kehamilan. Hormon progestin mencegah kehamilan dengan cara berikut:

Bagaimana implanon mencegah kehamilan

Mencegah ovulasi

Ovulasi berlaku apabila ovum (telur wanita) dibebaskan dari ovari (kilang telur). Apabila ovum dan sperma bertemu, ia akan disenyawakan dan kehamilan akan terjadi.

Implanon mencegah ovum (telur wanita) ini daripada dibebaskan dari ovari. Tiada ovum. Tiada kehamilan.

Bagaimana implanon mencegah kehamilan

Menipiskan dinding rahim

Apabila dinding rahim nipis, ovum yang telah disenyawakan sukar untuk menempel untuk proses kehamilan seterusnya.

Bagaimana implanon mencegah kehamilan

Membuatkan lendir serviks menjadi pekat dan likat

Apabila lendir serviks lebih pekat daripada biasa, sperma akan sukar untuk ‘berenang’ ke arah ovum (telur wanita) dan persenyawaan tidak berlaku.

IMPLANON BERKESAN

Adakah Implanon berkesan?

Ya. Implanon amat berkesan! Implanon mempunyai kurang daripada <1% kegagalan. Ini bermaksud dalam 100 orang yang menggunakan Implanon, hanya kurang dari seorang hamil. 

Tetapi yang paling bagus mengenai Implanon, wanita boleh kembali subur serta merta selepas Implanon dikeluarkan. 

Kelebihan Implanon

Ramai yang suka Implanon kerana ianya mudah, selamat dan amat berkesan !

Tidak ganggu hubungan seks

Ramai yang tidak menggunakan kondom kerana pasangan tidak selesa. Dengan menggunakan implanon, hubungan seks tidak terganggu kerana tiada alat yang dimasukkan di bahagian kelamin.

Boleh subur semula serta merta

Berbeza dengan kaedah pencegah kehamilan yang lain, anda tidak perlu menunggu lama untuk subur semula. Anda akan subur semula sebaik sahaja Implanon dikeluarkan!

Sentiasa terlindung tanpa perlu makan ubat

Tidak perlu ingat untuk makan pil perancang. Tidak perlu cari kondom sebelum hubungan seks. Kini, anda sentiasa terlindung dengan Implanon.

Perlindungan tahan lama

Kaedah Implanon boleh bertahan sehingga tiga (3) tahun. Jadi sepanjang 3 tahun, anda boleh fokus untuk diri sendiri dan bayi yang baru lahir.

Bagaimana pasang Implanon?

Implanon dimasukkan di bawah kulit lengan. Prosedur memasang Implanon biasanya mengambil masa kurang 15 minit.

1- Doktor akan tandakan kawasan yang mahu pasang Implanon

Doktor akan tandakan menggunakan pen marker kawasan Implanon akan dimasukkan. Implanon akan dimasukkan di lokasi seperti dalam gambar di atas. 

2 - Kulit akan dibersihkan dengan cecair antiseptik

Doktor akan menggunakan cecair antiseptik untuk mencuci kawasan sekitar tapak Implanon.

3 - Doktor akan meletakkan drape yang bersih dan steril

Doktor akan menggunakan drape yang steril supaya kawasan ini sentiasa bersih dan steril.

4 - Ubat tahan sakit setempat akan disuntik di tapak Implanon

Ubat tahan sakit setempat seperti lignocaine akan disuntik supaya prosedur dapat dijalan dengan selesa dan tidak sakit.

5 - Implanon dimasukkan dengan alat khas

Doktor akan menggunakan alat khas untuk memasukkan rod Implanon. Alat ini amat memudahkan proses memasang Implanon. Alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak diulang pakai.

6 - Luka (lubang kecil) tadi akan dibalut rapi

Doktor akan membalut lubang kecil tersebut dengan ketat menggunakan pressure bandage. Ini akan mengurangkan risiko lebam dan pendarahan.

Berapa lama saya perlu tunggu sebelum lakukan hubungan seks?

Ianya bergantung kepada masa Implanon dipasang.

Dipasang dalam tempoh 5 hari mula haid

Jika Implanon dipasang dalam tempoh 5 hari anda mula haid, anda tidak perlu menggunakan alat pencegah kehamilan yang lain.

Dipasang 5 hari selepas datang haid

Jika anda memasang Implanon 5 hari selepas datang haid, anda disarankan menggunakan alat pencegah kehamilan yang lain selama 7 hari.

Apa yang saya perlu buat 3 tahun selepas pasang Implanon?

Implanon yang sudah dipasang perlu dikeluarkan sebelum 3 tahun.

Sekiranya anda mahu hamil semula, anda tidak perlu memasang Implanon kembali. 

Sekiranya anda tidak mahu hamil lagi, Implanon yang baru boleh dipasang semasa doktor mengeluarkan Implanon lama. 

Dalam tempoh 3 tahun ini, Implanon boleh dikeluarkan jika anda mahu hamil semula.

Soalan lazim yang kerap ditanya

Apa sebenarnya itu Implanon?

Implanon merupakan alat merancang kehamilan. Ia adalah rod plastik kecil yang dimasukkan di bawah kulit lengan. Ia akan merembeskan hormon progestin yang dapat mencegah kehamilan.

Implanon ada hormon estrogen?

Tidak. Implanon tiada hormon estrogen.

Apa kesan sampingan Implanon?

Semua ubat ada kesan sampingan tersendiri. Kesan sampingan yang paling biasa adalah perubahan mengenai darah haid. Ada yang tiada haid langsung. Ada yang haid menjadi lebih banyak. Ada pula yang haid hanya sedikit-sedikit (spotting). Rujuk doktor anda untuk kesan sampingan Implanon.

Boleh saya pakai Implanon lebih 3 tahun?

Implanon perlu dikeluarkan sebelum 3 tahun. 

Siapa yang tidak disarankan menggunakan Implanon

  • Jika anda ada penyakit yang melibatkan darah beku seperti deep vein thrombosis (darah beku di kaki), pulmonary embolism (darah beku di salur darah paru-paru, buta disebabkan darah beku, serangan jantung (darah beku di salur darah jantung) atau stok/ angin ahmar (darah beku di saluran darah otak)
  • Jika anda ada penyakit hati atau kanser hati
  • Jika anda ada pendarahan dari vagina yang belum dikenalpasti sebabnya
  • Jika anda ada kanser payudara yang sensitif terhadap progestin
  • Jika anda alergik atau alah kepada Implanon dan bahan yang terkandung dalam Implanon

Implanon boleh kacau haid saya?

Mengikut kajian, 1 dari 10 wanita berhenti menggunakan Implanon kerana perubatan haid mereka. Anda mungkin tiada haid langsung, haid menjadi sedikit atau haid bertambah banyak. 

Berapa harga Implanon?

Gunakan Implanon untuk mencegah kehamilan

Set janji temu anda

CALL KAMI