Doktor-doktor Klinik Uzma

Ini adalah senarai doktor-doktor kami yang sedang berkhidmat di Klinik Uzma

Dr Faizah binti Abu Bakar

Dr Faizah binti Abu Bakar

Tamat pengajian dari Royal College of Surgeons in Ireland dengan ijazah sarjana muda MB BCh BAO (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery & Bachelor in the Art of Obstetrics)

Kemudian beliau menamatkan program GCFM (Graduate Certificate in Family Medicine)

Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran dan latihan untuk menjadi doktor pakar perubatan keluarga (family medicine specialist)

Dr Sarah Wong Binti Azman

Dr Sarah Wong binti Azman

Beliau menamatkan pengajian di University College Dublin dan mendapat ijazah sarjana muda MB BCh BAO ( Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery & Bachelor in the Art of Obstetrics)

Kemudiannya, menyambung program GCFM (Graduate Certificate of Family Medicine)

Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran untuk menjadi doktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan (occupational health doctor)

Dr Sakina binti Hussin

Dr Sakina binti Hussin

Beliau tamat pengajian dengan cemerlang dari Royal College of Surgeons in Ireland dan dianugerahkan ijazah sarjana muda MB BCh BAO  (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery & Bachelor in the Art of Obstetrics)

Kemudian beliau melanjutkan latihan menerusi program GCFM (Graduate Certificate of Family Medicine)

Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dan latihan untuk menjadi doktor pakar perubatan keluarga (family medicine specialist)

Dr Mohd Hood Husin Pakar Perubatan Keluarga Family Medicine Specialist

Dr Mohd Hood Husin

Beliau merupakan Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Uzma. Beliau memiliki Ijazah MBBS daripada Melaka Manipal Medical College serta Fellowship Malaysian Academy of Family Physicians (MAFP) dan Royal Australian College of General Practitioners (FRACGP)

Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai doktor perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan beberapa Klinik Kesihatan termasuk di Rawang, Gombak Setia, Nilai dan AU2, sebelum menjalani latihan kepakaran. Kini, Dr. Hood berkhidmat sebagai Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Uzma.

Dr Che Syaza Mohd Fadzil Shuhaimi

Dr Che Syaza binti Mohd Fadzil Shuhaimi

Beliau tamat pengajian dengan cemerlang dari Cyberjaya University of Medical Sciences dengan ijazah sarjana muda MBBS (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery)

Beliau tamat menghabiskan housemanship di Hospital Manjung. Selepas dari itu, beliau mendapat latihan dan pengalaman dalam bidang pediatrik apabila menjadi pegawai perubatan di Hospital Selama

Selepas itu, beliau juga berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang perubatan keluarga

Dr Nur Adilah binti Zarin

Dr Nur Adilah binti Zarin

Beliau menamatkan pengajian di Royal College of Surgeons in Ireland dan mendapat ijazah sarjana muda MB BCh BAO ( Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery & Bachelor in the Art of Obstetrics)

Beliau berkhidmat lebih dua (2) tahun sebagai pegawai perubatan di jabatan pembedahan dan orthopedik (tulang).

Sejak tahun 2014, beliau menjadi pegawai perubatan dalam bidang perubatan keluarga

 

Dr Siti Norhawa binti Mahat

Dr Siti Norhawa binti Mahat

Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Malaya dan dianugerahi ijazah sarjana muda MBBS (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery) pada tahun 2016.

Setelah menamatkan latihan wajib di Hospital Sungai Buloh, beliau tegus menceburi bidang pengkhususan perubatan keluarga. Beliau arif dalam kes-kes am perubatan keluarga.

Beliau seorang doktor yang berdedikasi dan komited untuk kesihatan pesakit yang beliau rawat

Dr Nazlinda Nani

Dr Nazlinda Binti Mohamad Nani

Dr. Nazlinda menamatkan pengajian perubatan dari Odessa State Medical University pada tahun 2010.

Selepas tamat khidmat wajib, beliau menceburi bidang pengkhususan perubatan keluarga lebih dari 9 tahun.

Beliau mahir dalam pelbagai prosedur minor di klinik. Pada masa lapang, beliau menghabiskan masa dengan menghadiri kursus dan program untuk meningkatkan ilmu perubatan beliau

Dr Halim

Dr Abdul Halim Saad

Dr. Halim adalah seorang doktor yang berpengalaman luas terutamanya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Occupational safety and health). Beliau seorang yang berdedikasi, profesional dan mempunyai kemahiran pengurusan yang bagus. Beliau juga adalah anggota aktif  Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH).

Sertai Klinik Uzma

Sekiranya anda seorang doktor yang bersemangat tinggi, sentiasa mengemas kini diri dengan ilmu perubatan baharu dan prihatin terhadap pesakit, hubungi kami untuk temuduga.

CALL KAMI