Menjadi sinonim masyarakat sekarang, sakit lutut itu ialah penyakit bagi orang yang sudah berusia atau warga emas sedangkan golongan muda juga boleh mengalami masalah sakit lutut. Adakah ia normal bagi golongan muda? Jawapannya adalah lebih kurang 30% di kalangan pesakit yang mempunyai sakit lutut adalah orang muda yang berusia 40 tahun dan ke bawah.
Apakah osteoarthritis? Osteoarthritis adalah proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Dengan kondisi osteoarthritis, pergerakan sendi akan mula kurang. Dalam erti kata lain, lutut kita kekurangan gel (tiada pelincir).
Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan dan keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan boleh menghadkan aktiviti harian anda.
Punca sakit lutut di usia muda.
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah sakit lutut ini terjadi? Secara umum, sakit lutut terjadi kerana faktor peningkatan usia terutama di kalangan warga emas. Ini berlaku kerana, kekurangan gel lutut secara semulajadi, lalu menyebabkan geseran antara sendi lutut. Kesannya, pesakit terasa sakit setiap kali membuat pergerakan.
- Berolahraga atau bersukan
– Penggunaan lutut yang berlebihan ketika bersukan meningkatkan risiko sakit lutut terutama kepada atlet. Apabila dilihat dari penyebabnya, sebahagian besar lutut sakit di usia muda terjadi kerana penggunaan lutut secara berlebihan boleh mendatangkan risiko kecederaan pada lutut, malah boleh berulang kali. Lutut yang mengalami kecederaan boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian ligamen, tendon dan bursa yang berada pada sendi tersebut kerana penggunaan lutut yang banyak dan berlebihan seperti para atlet, mendatangkan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk kecederaan lutut. Justeru menjadi faktor risiko kepada penyakit lutut OA.
- Berat badan berlebihan
-Melihat kepada pola pemakanan yang tidak teratur, kebanyakkan golongan muda berisiko mengalami berat badan berlebihan yang mengakibatkan kecederaan sedikit demi sedikit kepada sendi kartilej yang lama kelamaan akan menyebabkan kecederaan kepada seluruh lutut itu. Hal ini bertambah buruk jika seseorang individu tersebut tidak aktif aktiviti fizikal. Ini kemudiannya akan membawa kepada kerosakan sendi lutut dan artritis pramatang jika ia dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapatkan sebarang rawatan.
- Sakit lutut (patellofemoral)
-Patellofemoral adalah sakit yang melibatkan tempurung lutut dan tulang peha. Sakit ini dirasakan di bahagian depan lutut, baik di bawah atau di sekitar tepi tempurung lutut. Olahraga atau aktiviti berulang yang memaksa tempurung lutut bergerak naik turun secara terus menerus (memberikan tekanan terlebih pada sendi patellofemoral) seperti berlari, berjalan, melompat menjadi punca terawal timbulnya sindrom patellofemoral.
- Trauma
-Apakah trauma lutut yang paling biasa? Kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL). Kecederaan ACL adalah salah satu jenis kecederaan lutut yang paling biasa dan kebiasaannya kecederaan berkaitan sukan atau kemalangan seperti terjatuh/terhentak. Kecederaan ACL boleh terjadi daripada koyakan kecil pada ligamen hingga kecederaan teruk apabila ligamen terkoyak sepenuhnya atau terpisah daripada tulang itu sendiri.
Cara mencegah sakit lutut di usia muda.
Peringatan penting, tidak perlu tunggu tanda-tanda besar muncul baru nak dapatkan rawatan. Jika rasa ketidakselesaan pada kawasan lutut, segera berjumpa dengan doktor yang bertugas di mana-mana klinik berdekatan.
Walaubagaimanapun, di sini kita akan berkongsi tips pencegahan sakit lutut di usia muda agar kita boleh aktif bergerak dengan selesa.
- Gunakan kasut yang betul ketika bersukan
- Lakukan senaman panaskan badan sebelum dan selepas olahraga
- Jaga pemakanan dan berat badan (BMI)
- Penggunaan makanan tinggi kalsium untuk kesihatan tulang dan sendi
Tips kawal sakit sendi lutut.
- Kurangkan beban pada lutut, elak bersukan seperti berlari, sebaliknya gantikan dengan aktiviti seperti berkayuh atau berenang.
- Kawal body mass index (BMI)
- Dapatkan nasihat doktor mengenai ubatan dan supplemen yang boleh mengurangkan kesakitan
- Jika sakit melarat, boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk dapatkan konsultasi dengan doktor, x-ray untuk melihat keadaan lutut jadi doktor boleh cadangkan rawatan yang sesuai untuk anda seperti suntikan PRP (platelet-rich plasma) atau gel lutut dan jika keadaan lutut sudah kritikal boleh mendapatkan nasihat doktor untuk pembedahan.
- Selain itu, boleh dapatkan khidmat fisioterapi untuk membantu proses pemulihan anda. Fisioterapi juga memainkan peranan penting dalam proses pemulihan seperti muscle strengthening exercise.
- Land-based exercise dapat mengurangkan sakit, menguatkan otot dan tingkatkan penggunaan. Senaman ini sesuai untuk semua peringkat umur, tahap keseriusan sakit lutut, tahap kefungsian dan tahap kesakitan.
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin dan nutrisi semula jadi yang tinggi.
Ya, anda perlu menangani masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan lutut semakin serius. Lutut merupakan bahagian sendi yang paling penting untuk aktiviti harian kita semua.
0 Comments